Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

GH Streamer Program: Gamers Hideout Bantu Streamer Gamer Malaysia

0

Menurut sebuah laman pokde.net melaporkan bahawa Gamers Hideout telah melancarkan sebuah program baharu untuk membantu streamer gamer di Malaysia, GH Streamer Program. Dengan inisiatif itu, Gamers Hideout dengan matlamat memberikan pengalaman permainan yang lebih baik bagi gamer yang bersemangat dengan harapan dapat memberikan manfaat kepada komuniti gamer di masa hadapan.

Program ini bertujuan membantu streamer gamer dengan memberikan kemudahan untuk mereka berkembang dan mempersiapkan diri kepada platform antarabangsa yang lebih mencabar, antaranya:

  • Menyediakan persekitaran pembelajaran
  • Mempromosikan sektor streaming tempatan
  • Hubungan jangka masa panjang bersama komuniti, yang akan memberikan pengalaman permainan dan streaming yang lebih menyeronokkan dan pengalaman pengstriman yang lebih baik.

Dan syarat-syarat bagi mereka yang berminat;

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Suka Permainan(gaming)
  • Mempunyai Siaran penstriman

Untuk memohon menyertai program GH Streamer Program, gamer perlu mengisi borang dalam talian dengan memberitahu mengenai diri dan infomasi jadual penstriman, pihak Gamers Hideout akan menghubungi anda sekiranya anda diterima masuk ke program tersebut.

Bagi mencapai matlamat program ini Gamers Hideout telah bekerjasama dengan IRL Asia bagi membimbing streamer untuk meningkatkan kualiti penstriman dengan merancang kandungan streaming, pengurusan penjenamaan peribadi dan pelbagai lagi akan dipelajari bagi mereka yang berjaya masuk ke program ini.

Gamers Hideout berharap dapat mempromosikan streamer yang telah mengikuti program ini kepada peminat gaming yang lebih luas dalam usaha untuk memperkuat komuniti streaming secara keseluruhan.

Menjadi seorang streamer merupakan satu perjalanan yang menarik, pelbagai cabaran perlu ditempuhi bersama semangat yang kuat, program seperti ini semestinya dapat membantu streamer untuk maju dengan lebih cepat malah berpeluang ke pentas antarabangsa. Jangan ketinggalan untuk memohon ke program ini, kami mengucapkan selamat maju jaya bagi mereka didalam bidang ini.

 

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.