Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Garena Free Fire: Infomasi Penuh Mengenai Event Moco Rebirth

0

Salah satu watak Free Fire yang paling popular, penggodam kegemaran ramai, Moco, mendapat event tersendiri, bermula pada hari ini 10 September. Event ini akan menampilkan sebilangan besar koleksi eksklusif, antara muka yang diperbaharui, dan acara dalam permainan dengan pelbagai hadiah yang disediakan kepada para pemain di Event Moco Rebirth ini.

Pengenalan

Event The Moco: Rebirth akan memperkenalkan pemain kepada awakened Moco, Penggodam genius Moco Ortega sedang berusaha menyelamatkan rakannya seorang artis grafiti Steffi dari penjara; dalam perjalanannya, dia bertemu dengan seorang kawan lama, yang membawa kepada kebangkitannya. Membuatkannya yakin dia tidak terikat dengan peraturan dunia, dan bebas menjalani hidupnya sesuka hatinya.

Dalam komik Moco, dia bertemu dengan teman masa kecilnya Leonard, yang kemudian membimbing Moco melalui penjara untuk menyelamatkan Steffi. Pasangan itu memasuki ruang kawalan; kemudian memutuskan untuk menyelamatkan semua tahanan yang ditahan di sana oleh Horizon, termasuk Steffi.

Acara Siaran Langsung Streaming

Sebagai meraikan sebahagian daripada event ini, Malaysian Survivors dapat mengambil bahagian dalam acara live stream komuniti Moco Madness yang bermula pada 17 September 2021 jam 8 malam.

Pemain boleh main bersama streamer kegemaran masin-masing di pertandingan Clash Squad, saling bertanding sebagai Team Moco dan Team Horizon. Bergantung pada keputusan pertandingan, Survivors akan menerima hadiah yang berbeza.

Tetapkan peringatan anda untuk acara menarik ini di laman YouTube dan Facebook rasmi Free Fire Malaysia!

Aktiviti Event Moco Rebirth

Mengikut kalendar acara, Moco Rebirth terbahagi kepada 12 bahagian dan semuanya disertakan dengsn ganjaran mereka sendiri.

  • 6 hingga 12 September – Teka-teki, di mana anda menerima Moco Month Banner dan Turquoise Warning sebagai hadiah.
  • 5 hingga 13 September – Event Moco’s Free Swing; anda hanya perlu log masuk secara berterusan selama 5 hari untuk mendapatkan skin secara percuma.
  • 10 hingga 26 September – 3 cabaran utama bermula pada; Ganjaran log masuk secara harian, Acara Coder’s Crib menawarkan ganjaran seperti bundel wanita, kulit binatang peliharaan Falco siber, payung terjun, kulit bom tangan, dan banyak lagi.
  • 12 hingga 21 September – Moco’s Challenge, menawarkan kulit papan selaju sebagai hadiah.
  • 12 hingga 23 September – Moco’s event log masuk pan, menawarkan kulit pan sebagai hadiah.
  • 15 hingga 26 September – Moco Jump Event, kulit beg sebagai hadiah.
  • 18 September – 3 cabaran dalam satu hari, log masuk 18 Sep menghadirkan Awakened Moco Bundle, Playtime memberikan kulit kereta dan Peak Day Double Drop.
  • 18 hingga 22 September – Pemain mendapat mod permainan baru yang disebut Mod Stronghold

Selain daripada ini, terdapat empat bundel yang tersedia dari 7-13 September;

  • Flashing Spade Bundle,
  • Eternal Diamond Bundle,
  • Dreamy Club Bundle,
  • Blazing Heart Bundle.

Mata wang Moco yang diperoleh dari acara juga boleh ditukar di Horizon Store.

Cara Menyelesaikan Event Teka-Teki

Bermula dari 6 hingga 12 september pemain boleh menyelesaikan event ini dan mendapatkan ganjaran hadiahnya. Event ini terbahagi kepada 4 bahagian;

  1. Pertama, anda harus menyelesaikan permainan dodging game gaya retro
  2. Kedua, anda harus mencari perkataan “DOOR” dari huruf-huruf yang berselerak
  3. Seterusnya kelihatan sebuah komputer yang memerlukan kata laluan untuk log masuk. Anda hanya perlu menekan power button yang berada di sebelah kiri dan memasukkan enam digit nombor yang dipaparkan sebagai masa. (mungkin berbeza bagi setiap orang)
  4. Kemudian program antivirus akan mula beroperasi, meminta anda kod kebenaran 10 digit. Setiap dua digit nombor akan diberikan sebagai petunjuk, menunjukkan lokasi huruf dalam petak; digit pertama menunjukkan baris(row), yang kedua lajur(column). (HELLOWORLD adalah kod untuk kombinasi 22-15-26-26-33-45-33-36-26-14 ini)

 

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.