Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

FIFAe 2021 eRimau Malaysia Akan ke Kejuaraan Dunia

0

Mengenai

Malaysia telah menubuhkan kelab pasukan FIFAe 2021 eRimau Malaysia Online FIFA 21 untuk bertanding di kejohanan dunia FIFAe World Cup ™ Siri Global dalam pencarian juara FIFAe dengan pemain dari seluruh dunia. Kini kelab eRimau Malaysia menduduki tempat ke-2 ranking dunia, satu pencapaian yang sangat membanggakan.

Malaysia bermain di wilayah ASIA, dan diwakili kelab eRimau yang terdiri daripada Ahmad Akmal Abdul Rafil (AkmalJHD) bagi kategori Playstation dan Muhamad Luqman Haziq Hajiman (LuqmanHzq) bagi kategori Xbox.

Kutipan mata dari keseluruhan membuatkan eRimau Malaysia mendapat kedudukan terkini kedua didalam ranking FIFAe World Cup ™ dengan mata yang diperolehi sebanyak 664,29 hanya dibawah negara Brazil.



Sistem ranking FIFAe mengambil kira pertandingan yang dimainkan antara dua atau lebih setiap peserta yang memenuhi syarat (MA) dalam FIFAe Nations Series 2021. Semasa FIFAe Nations Series berlangsung, setiap pertarungan antara MA dikira. Mata maksimum bagi setiap pertandingan adalah enam (6) mata. Dalam peringkat pertandingan FIFAe Nations Series masing-masing (eFriendlies, FIFAe Nations Online Qualifiers and FIFAe Nations Cup™), “mata purata per pertandingan” dipertimbangkan. Bergantung pada struktur pertandingan di mana mata purata setiap permainan dikumpulkan, MA diberikan faktor pendaraban yang berbeza.

Faktor pendaraban terendah berasal dari struktur eFriendlies. Untuk setiap tiga (3) eFriendlies yang dimainkan oleh MA, faktor pendaraban ditingkatkan oleh satu (1). Hanya selepas eFriendly ketiga, MA akan menerima mata ranking untuk prestasinya. Maksimum 10 faktor pendaraban dapat dikumpulkan untuk berlipat ganda ke mata purata setiap pertandingan. Oleh itu, hanya 30 eFriendlies terakhir dalam satu musim yang diambil kira semasa mengira rata-rata mata per pertandingan.

Kelayakan Atas Talian FIFAe Nations juga dikira berdasarkan purata mata per perlawanan yang dikumpulkan sepanjang pertandingan. Mata yang terkumpul semasa Kelayakan Dalam Talian FIFAe didarabkan dengan faktor 150 untuk FeNOQ.

Acara akhir akan memberikan sejumlah mata tetap untuk kedudukan mereka.

Maklumat lebih teperinci boleh didapati di laman rasmi mereka disini.

Kejohanan FIFAe World Cup ™

Kejohanan berlangsung  dari januari sehingga ogos 2021, dan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu;

  • eTropies
    Januari – Mac 21
  • Online Qualifiers
    April 22 – Mei 23
  • Final
    20-22 Ogos

Kejohanan FIFAe Nations 2021 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM2 juta (AS$500,000) secara keseluruhan. Dan negara yang melayakkan diri ke final akan berentap untuk mendapatkan gelaran juara dunia. eRimau Malaysia berjaya melayakkan diri ke final kejohan dunia, sama-sama kita ucapkan selamat berjaya kepada mereka yang mengharumkan nama negara.

Walaupun 24 pemain mara ke final, hanya ada satu pemenang kejohanan FIFAe World Cup ™. Hanya seorang yang dapat menaklukkan dunia dan merebut gelaran pemain antarabangsa terbaik dalam EA SPORTS FIFA 21 bagi setiap kategori.





Keputusan

Online Qualifiers FIFAe 2021 eRimau Malaysia

Terbahagi kepada peringkat kumpulan dan seterusnya akan ke playoff.

Peringkat Playoff

Bracket Pemenang

Keputusan Perlawanan Malaysia

30 April

3:30 P.M – Malaysia (0) vs Indonesia (2)
Akhmal JHD (1) vs ZeusChanks (2)
LuqmanHzq (3) vs FahmiHussain 21 (4)

Bracket Peluang Kedua

1 Mei

2:00 P.M – Malaysia (2) vs Australia (0)
Akhmal JHD (4) vs Atlantide Wave Marko (1)
LuqmanHzq (2) vs MCFC Marcus Gomes (1)

3:30 P.M – Malaysia (2) vs Korea Republic (0)
Akhmal JHD (10) vs DokDoK (2)
LuqmanHzq (2) vs Serry7 (0)

Peringkat Kumpulan

Malaysia bermain di kumpulan A. Dan dengan cemerlang menamatkan pusingan kumpulan di tempat pertama.

[table id=67 /]

Keputusan Kumpulan B.

[table id=68 /]

Keputusan Perlawanan Malaysia

29 April

2:00 P.M – Malaysia (6) vs New Zealand (0)
Akhmal JHD (6) vs DW JMKKing (1)
LuqmanHzq (5) vs Bainesy (1)

3:00 P.M – Malaysia (3) vs Philippine (3)
Akhmal JHD (0) vs RellyClips (4)
LuqmanHzq (5) vs PitchBlack_6969 (2)

4:00 P.M – Malaysia (6) vs Japan (0)
Akhmal JHD (4) vs SZ Jay (2)
LuqmanHzq (4) vs Agu (3)

30 April

1:00 P.M – Malaysia (4) vs Australia (1)
Akhmal JHD (3) vs Atlantide Wave Marko (3)
LuqmanHzq (3) vs MCFC Marcus Gomes (2)




Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.