Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Keperluan Sistem PC Resident Evil Village Diumumkan

0

Salah satu permainan yang paling digemari akan datang adalah Resident Evil Village. Lihat keperluan Sistem PC Resident Evil Village, atau dikenali sebagai Resident Evil 8 sekiranya anda merancang untuk bermain permainan di PC, kami mempunyai keperluan sistem Resident Evil Village rasmi di sini.

Penerangan Keperluan Sistem PC Resident Evil Village

Dilihat ianya seperti permainan Resident Evil yang lalu, Village boleh dimainkan dengan baik pada perisian berkuasa sederhana dengan menggunakan tetapan grafik rendah, Resident Evil Village juga dilengkapi dengan grafik “ray tracing” bagi mereka yang mempunyai PC yang lebih berkuasa.

Capcom secara rasmi telah mendedahkan keperluan sistem Resident Evil Village untuk PC di halaman Steam Store rasmi permainan ini. Permainan ini akan menggunakan DirectX 12, dan sistem operasi 64-bit adalah diperlukan, dengan Windows 10 menjadi satu-satunya sistem operasi yang disenaraikan secara rasmi.



Keperluan Sistem PC Resident Evil Village

[table id=66 /]

Seperti yang anda lihat, keperluan sistem Resident Evil Village memerlukan sekurang-kurangnya sebuah PC Gaming yang bagus. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 8GB RAM, Intel Core i5-7600 atau generasi pertama AMD Ryzen 3 1200 dan GeForce GTX 1050 Ti 4GB atau yang setaraf untuk memainkan permainan. Ianya boleh dijangka dengan penambaikkan dan pembaharuan yang ditunjukkan pada video pengenalan.

Perlu diingat bahawa keperluan sistem yang disyorkan adalah khusus untuk menjalankan permainan ini pada Full HD 60FPS, jadi jika anda merancang untuk bermain pada 1440p atau 4K, anda perlu memastikan capaian PC permainan anda, terutamanya kad grafik. Permainan ini akan menyokong “ray tracing”, jadi anda memerlukan kad grafik yang jauh lebih baik jika anda ingin menggunakannya dengan lancar.

Tarikh Perlancaran

Resident Evil Village akan dilancarkan pada 7 Mei 2021 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X, Xbox One, dan PC. Anda boleh membuat pra tempah di kedai maya steam disini.

Harga Pra Tempah

  • RM 331.00  – Resident Evil Village & Resident Evil 7 Bundle Lengkap<
    Termasuk: Resident Evil 7 – Season Pass, Resident Evil 7 Biohazard, Resident Evil Re:Verse, Resident Evil Village, Resident Evil Village – Trauma Pack
  • RM 248.00  – Resident Evil Village
    Termasuk: Resident Evil Village, Resident Evil Re:Verse
  • RM 295.96  – Resident Evil Village Edisi Deluxe
    Termasuk: Resident Evil Village, Resident Evil Re:Verse, Resident Evil Village – Trauma Pack

Akhir kata, saya mengharapkan agar Resident Evil Village tidak terlalu fantasy dengan elemen-elemen yang terlalu tidak logikal.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.