Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Bajet 2022: Esukan Terima 20 Juta & Pengecualian Cukai

0

Hari ini, kerajaan Malaysia mengadakan persidangan Bajet 2022 negara. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melakukan pembentangan dan bajet tahun ini. Industri Esukan negara akan menerima Bajet 2022 Esukan sebanyak RM 20 Juta pada tahun hadapan, perbezaan dengan penambahan RM 5 Juta pada bajet tahun ini.

Bajet yang diperuntukan adalah seperti berikut;

  1. Rm20 juta untuk Kejohanan Esports Kebangsaan (Rm5 juta untuk membina pusat kecemerlangan esports perlumbaan dron)
  2. Pengecualian cukai pendapatan ke atas kemenangan kejohanan esport (yang dibenarkan)

Didalam penbentangan tersebut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyebut, bagi mengiktiraf NothingToSay, xNova, Mushi dan Oli(pemenang sebahagian hadiah The International 10 Dota 2), wang hadiah kemenangan kejohanan e-sukan dikecualikan dari sebarang cukai pendapatan untuk atlet-atlet yang menempa nama di masa akan datang. Bagaimanapun, tidak dinyatakan apakah jenis e-sukan yang akan dikecualikan dari cukai ini.

Itu sahaja setakat ini mengenai bajet esukan negara 2022. Apa pendapat kamu? Beritahu kami dalam ulasan di bawah dan ikuti berita mengenai esukan di Malaysia di Genesix.

 

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.