Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Apex Legends Season 6 : Crossplay beta dan nerfs Wraith

0

Hari ini, Apex Legends season 6 melancarkan Aftermarket Collection Event, yang berlangsung selama dua minggu, Acara masa terhad ini menampakkan heirloom Caustic, kosmetik legenda, mod baru, dan crossplay antara platform berbeza iaitu PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Apex Legends season 6 aftermarket

Acara Apex Legends Aftermarket berlangsung hingga 20 Oktober, dan merangkumi koleksi 24 kosmetik unik dan terhad.

Walaupun fungsi crossplay ini hanya dalam versi beta pada Apex Legends season 6, pemain PC Apex Legends boleh bertemu dengan rakan mereka yang memiliki konsol dalam permainan untuk pertama kalinya sejak Apex Legend dilancarkan. Crossplay memang selalu menjadi permintaan popular dalam permainan yang mempunyai pelbagai platform dalam talian.

Dari segi watak, Wraith dan Pathfinder mendapat dua perubahan besar kali ini. Respawn telah berusaha untuk memerhatikan kedua-dua watak tersebut beberapa kali, kerana kedua-duanya secara konsisten tetap menjadi pilihan utama (terutama Wraith).

“We don’t want to hit [Wraith’s] abilities anymore,”

“We think both she and Pathfinder have been pushed to the edge in terms of cooldown and utility nerfs where pushing them any further would make them a lot less fun to play.”

Respawn menulis dalam nota kemaskininya.

Sebelum ini, gaya berlari Wraith – yang telah diberi gelaran oleh pemain, disebut sebagai “Naruto run”  – telah memberinya kelebihan yang tidak disangka-sangka: posturnya yang membungkuk mengurangkan kotak hitnya yang sudah kecil, menjadikannya watak yang sangat sukar untuk disasarkan ketika sasaran bergerak. Patch terbaru secara drastik telah mengubah gaya lariannya menjadi gaya yang lebih umum, seperti yang dikatakan oleh para Respawn, “jauh lebih tegak dan memperlihatkan bahagian tubuhnya yang lebih besar menjadikannya lebih mudah disasarkan”.

 

Bagaimanapun pasukan Apex Legends mengakui bahawa pada kemaskini Apex Legends season 6 ini mereka menyesal menggubah animasi berjalan Wraith yang unik, tetapi  mereka kehabisan cara untuk menyeimbangkan watak: “kami tahu pecut lamanya itu ikonik dan kami juga benci melihatnya berlari tegak, tapi kami yakin ini adalah cara terbaik setakat ini untuk mengimbanginya tanpa perlu mengubah kemampuannya lagi. ”

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.