Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Among Us : Populariti tak disangka sebuah game lama

0

Among Us, permainan yang telah menjadi fenomena luar biasa pada bulan lepas. Permainan yang unik, berasal dari idea permainan papan Mafia berjadul Secret Hitler, permainan papan(board game) ini mempunyai sistem pilihan raya yang membantu pemain mengumpulkan maklumat mengenai siapa orang itu(who`s who). Permainan penipuan sosial ini, mengenai sekumpulan pemain yang cuba mengenal pasti pengkhianat di antara mereka, sebenarnya telah bermula sejak tahun 1980-an lagi.

Among us telah menambah beberapa struktur, penyamar(imposter} membunuh pemain “baik” satu demi satu, dan semua orang mengundi siapa yang akan dikeluarkan dan pemain “baik”(crew) berpeluang menang dengan menyelesaikan satu set objektif di sekitar peta, seperti memperbaiki mesin kapal angkasa atau meledakkan asteroid, yang pasti pemain “baik” akan berada dimerata tempat memberi peluang kepada penyamar untuk menyerang.

amongus_quest

Permainan indie ini dibangunkan hanya dengan 3 orang pembangun permainan interaktif. Bermula permainan ini dilancarkan di Steam pada tahun 2018 pada harga antarbangsanya $5. Dan pada tahun 2020 Among Us telah menjadi salah satu permainan yang sangat aktif, merujuk kepada carta Steam, 388,385 pemain bermain pada satu-satu masa. Ianya lebih tinggi daripada Grand Theft Auto 5 ketika debut Steamnya. Setiap hari Among Us menduduki carta pemain aktif hampir kepada Counter-Strike: Global Offensive dan Dota 2. Dan itu tidak termasuk yang bermain di iOS dan Android.

Jadi bagaimana permainan lama ini, dimana ianya dari tahun 1980 lagi, secara tiba-tiba menjadi fenomena, selepas hampir 2 tahun ianya dilancarkan? sangat mendadak sehingga menjadi permainan paling banyak penstriman dilakukan di Twitch pada bulan september. Dan disebabkan fenomena ini membuatkan pembangun permainan ini telah membatalkan rancangan untuk sekuel keduanya.

Sebab fenomena

Melalui pencarian saya, saya merasakan permulaan fenomena ini bermula  streamer SR_Kaif yang mempunyai seramai 136,000 pengikut, beliau telah mula pengstriman Among Us dari januari lalu dan semakin lama, semakin ramai mengetahui permainan ini dan berminat. Apa yang menyebabkan pemain berminat luar biasa mungkin disebabkan pada waktu dunia dilanda covid-19, ketika orang ramai menerima perintah berkurung, permainan ini mempunyai ciri-ciri permainan yang mampu merapatkan kenalan dari jauh sambil menghiburkan hati.

Permainan penipuan sosial ini, mengenai sekumpulan pemain yang cuba mengenal pasti penyamar di antara mereka, ianya adalah permainan yang menyeronokkan dan dapat dimainkan tanpa henti. Dan dimainkan dalam kumpulan yang besar. Cuba memutuskan siapa yang harus dipercayai adalah sangat mendebarkan. Melarikan diri dengan pembunuhan dan menjadikan seluruh pasukan menentang pemain yang tidak bersalah selalu menjadi kegembiraan.

Aplikasi telefon pintar juga telah membuka ruang untuk penonton yang besar (dan muda) di luar permainan PC, dan yang paling penting.

Pada awal bulan Julai, Among Us rata-rata hanya beberapa ratus penonton di Twitch, menurut laman web penjejakan trafik(tracking site) SullyGnome. Menjelang akhir bulan Ogos, purata penonton mencapai 100,000 dan ianya semakin meningkat sehingga paras yang sangat tinggi. Anda boleh lihat gambar statistik dibawah bagaimana penaikkan tontonan meningkat pada kadar sangat tinggi secara tiba-tiba.

AmongUs_graf

Streamer Among Us yang paling berjaya dalam tiga bulan terakhir adalah xQc.Bekas pemain Overwatch yang pro itu dilepaskan dari pasukannya Dallas Fuel pada tahun 2018 kerana pelanggaran kod tingkah laku.

Kisah among us yang menjadi fenomena tidak disangka ini sangat menarik sebagai teladan. Menunjukkan komitmen berterusan boleh membawa kepada kejayaan yang tak disangka. Selagi tidak berputus asa, harapan pasti ada. Akhir kata, nasihat ketika penulisan ini ditulis, graf covid negara kita juga meningkat mendadak, jangan kita menyunding jari, hormati dan patuhi SOP yang ditetapkan. Semoga kita dilindungi olehNya.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.