Petit Planet
Home Game newsPetit Planet: Game Life-Sim Baru Dari HoYoverse

Petit Planet: Game Life-Sim Baru Dari HoYoverse

by Khalid Zainal
0 comments

HoYoverse kembali mengejutkan komuniti gaming global dengan pengumuman permainan baharu mereka, Petit Planet — sebuah cosmic life-sim yang bakal membawa pengalaman simulasi kehidupan yang unik dan penuh gaya. Jika sebelum ini nama HoYoverse sinonim dengan Genshin Impact, Honkai: Star Rail, dan Zenless Zone Zero, kini mereka mencuba genre yang lebih santai, mesra, tetapi masih mengekalkan identiti mereka dengan visual cantik dan vibrant.

Mengenai Petit Planet

Petit Planet ialah permainan simulasi kehidupan (life simulation) di mana pemain memiliki sebuah planet sendiri untuk diurus, dihias, dan dikembangkan. Bayangkan gabungan elemen farming sim ala Stardew Valley, cozy vibe seperti Animal Crossing, tetapi dalam skala kosmik dengan sentuhan HoYoverse yang pastinya visual yang memukau.

Dalam permainan ini, anda boleh:

  • Bercucuk tanam, memancing, menambang, memasak, dan menghasilkan barangan (crafting).
  • Menghias rumah dan planet anda mengikut citarasa sendiri.
  • Berinteraksi dengan jiran tetangga yang dipanggil Neighbors.
  • Meneroka hub sosial Galactic Bazaar — tempat komuniti pemain berkumpul, bertukar barangan, dan melawat planet lain.

Visual Yang Memukau

Dari trailer rasmi, jelas kelihatan Petit Planet menggunakan gaya seni 3D kartun yang cerah, comel, dan santai. Watak-watak tampil dengan reka bentuk ekspresif, manakala dunia permainan kelihatan penuh warna, sesuai dengan tema “cosmic coziness”.

Tidak sekadar cute, dunia ini dinamik — terdapat sistem bernama Luca yang mempengaruhi vitaliti planet anda. Landskap boleh berubah mengikut keadaan, memberi cabaran dan kepelbagaian kepada cara anda mengurus planet.

Pelbagai Aktiviti Santai Sedia Diterokai

Walaupun genre ini santai, Petit Planet tidak menyediakan pengalaman yang unik dan menarik untuk terokai. Antara aktiviti yang disahkan:

  • Farming & Gardening – tanaman unik dengan variasi hasil.
  • Fishing & Mining – cari sumber untuk memasak dan menghasilkan barangan.
  • Cooking & Crafting – hasilkan resipi baharu dan dekorasi planet anda.
  • Relationship Building – hadiahkan barangan kepada Neighbors, bina hubungan mesra.
  • Exploration – keluar melawat planet rakan, atau sambung misi sosial di Galactic Bazaar.

Pendek kata, permainan ini tidak sekadar “hias rumah dan bercucuk tanam” — ia menawarkan ekosistem kehidupan yang sentiasa bergerak.

Platform & Status Semasa

Setakat pengumuman rasmi:

Platform: PC (Windows) dan mobile (iOS/Android). Platform lain seperti konsol masih belum diumumkan.

Beta Test: HoYoverse telah membuka pendaftaran untuk Coziness Test (ujian tertutup). Pemain boleh daftar di laman rasmi Petit Planet untuk peluang mencuba lebih awal. Anda boleh Pre-Register atau Signup sebelum ianya dilancarkan secara rasmi, tetapi untuk mobile game hanya IOS support.

Tarikh Rilis: Belum diumumkan. Tetapi dengan pengumuman besar di Tokyo Game Show 2025, permainan ini mungkin direlis sekitar 2026.

Adakah Ada Gacha?

Soalan paling hangat — adakah Petit Planet akan menggunakan sistem gacha seperti Genshin Impact? Setakat ini, HoYoverse belum mengesahkan. Apa yang kita ketahui setakat ni bahawa fokus utama permainan ini ialah pada life sim yang mesra, jadi kemungkinan besar monetisasi berbentuk kosmetik (skin, dekorasi, furniture) lebih sesuai berbanding sistem gacha yang kompetitif.

Apa Yang Fan HoYoverse Tertarik?

Terdapat beberapa sebab kenapa Petit Planet menarik perhatian:

  1. Eksperimen baharu HoYoverse – genre simulasi kehidupan berbeza dari RPG aksi mereka sebelum ini.
  2. Visual cozy – sesuai dengan trend “cozy games” yang semakin popular.
  3. Sosial & Multiplayer – elemen lawatan antara planet menjadikan ia lebih hidup berbanding life sim solo biasa.
  4. Jenama HoYoverse– reputasi HoYoverse membuatkan ramai percaya permainan ini akan mendapat sokongan jangka panjang.

Dengan kombinasi elemen santai, gaya seni cozy, dan sentuhan magis HoYoverse, Petit Planet berpotensi menjadi fenomena baharu dalam dunia life sim. Sama ada anda peminat Animal Crossing, Stardew Valley, atau sekadar mahu mencari permainan kasual untuk berehat, Petit Planet menjanjikan pengalaman unik — membina dunia anda sendiri, di skala kosmik.

Petit Planet jelas bukan sekadar permainan, tetapi satu komuniti kehidupan maya yang bakal berkembang luas. Soalnya, adakah anda sudah bersedia untuk memiliki planet anda sendiri?

Anda mungkin juga meminati game seperti ini dari pengeluar lain yang dikeluarkan pada tahun sama seperti Nintendo Pokemon Pokopia dan Palworld Palfarm.

Apa pendapat anda tentang Petit Planet? Adakah ia akan jadi pesaing besar dalam genre life sim, atau sekadar projek sampingan HoYoverse? Kongsikan pandangan anda di ruang komen!

Leave a Comment