Peminat Rider, ready! Filem terbaru Kamen Rider Gavv Guilty Parfait akan menemani anda selepas tamat siri TV Gavv, lebih awal dari kebiasaanya. V-Cinema Next ini akan membawa kisah lanjutan Shoma dan rakan-rakannya dengan konflik baharu yang lebih manis tapi penuh bahaya.
Info Movie
Update September 2025 | |
---|---|
Penerbit | Toei Company |
Pengarah | Takayuki Shibasaki |
Penulis Skrip | Junko Kōmura |
Tarikh Tayangan | 28 November 2025 (pawagam Jepun) |
Blu-ray / DVD | 10 Jun 2026 |
Lagu Tema | Super Delicious oleh Gateau・Trois |
Update September 2025 | ||
---|---|---|
Pelakon | Hidekazu Chinen sebagai Shoma Hanto | Kamen Rider Gavv |
Yusuke Hino | Rakia | |
Kohei Shoji | Lizel | |
Nozomi Miyabe | Mimi |
Sinopsis Ringkas
Selepas pertempuran terakhir di siri TV, Shoma (Kamen Rider Gavv) dan Hanto cuba kembali ke kehidupan normal. Namun kemunculan ancaman baharu dengan “Light Sweets” membuatkan dunia sekali lagi berada dalam bahaya.
Shoma perlu bergabung bersama rakan-rakannya, termasuk Rakia dan Lizel, untuk melawan musuh misteri yang cuba menyeleweng kuasa manis tersebut. Pertarungan kali ini bukan sekadar mempertahankan keamanan, tetapi juga menguji ikatan persahabatan mereka.

Kelainan V-Cinema Next Kamen Rider Gavv Guilty Parfait
- Cerita sambungan rasmi lepas tamat siri Gavv.
- Kuasa baru: Light Sweets diperkenalkan eksklusif untuk filem ini.
- Lagu tema “Super Delicious” dinyanyikan oleh Gateau・Trois (gabungan pelakon utama sendiri).
- Tie-in merchandise: DX Chocorappa Gochizo untuk peminat kolektor Rider.
Kamen Rider Gavv Guilty Parfait merupakan filem penuh dengan elemen baru yang wajib ditonton oleh peminat. Dengan gabungan aksi Rider, drama persahabatan, dan gimmick “kemanisan” baru, filem ini pasti jadi tontonan Rider fans di Malaysia nanti.