MPL MY Franchise
Home EsukanMPL MY Franchise: Era Baharu Esports Malaysia Bermula

MPL MY Franchise: Era Baharu Esports Malaysia Bermula

by Khalid Zainal
0 comments

Isi Kandungan

MPL MY Franchise bakal melakar sejarah baharu! Selepas 16 musim menjadi tunjang utama dunia esports negara, liga Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang berprestij ini bakal beralih ke format “enhanced franchise format” — menjadikan Malaysia antara hab esports franchise profesional ke-3 di rantau Asia Tenggara.

Apa Itu MPL MY Franchise?

Secara ringkas, franchise format bermaksud setiap pasukan yang terpilih akan mempunyai slot tetap dalam liga, sama seperti kelab bola sepak atau pasukan NBA.

Bagi MPL MY Franchise, Moonton mengumumkan ia bukan sekadar menyalin sistem luar, tetapi menyesuaikannya dengan ekosistem esukan Malaysia. Matlamatnya ialah membina ekosistem lebih berdaya saing:

  • kestabilan jangka panjang untuk pasukan,
  • laluan kerjaya lebih jelas untuk pemain,
  • peluang komersial lebih luas untuk penaja,
  • pengalaman lebih menarik untuk peminat.

MPL Malaysia Musim 16: Musim Peralihan

Musim ke-16 MPL MY akan menjadi musim terakhir sebelum format francais diperkenalkan. Berikut butiran penting:

Ringkasan MPL MY S16 Terakhir
TarikhBermula 13 September – 19 Oktober 2025
LokasiSri Putra Hall, Bukit Jalil.
Format10 pasukan bertanding Best-of-Three (Bo3) dalam round robin.
Playoffs6 pasukan teratas mara, dengan 2 pasukan terbaik layak ke pentas utama M7 World Championship di Indonesia pada Januari 2026.

Senarai 10 Pasukan Musim 16

  • Selangor Red Giants OG Esports (SRG)
  • Homebois (HB)
  • Untitled (UNT)
  • AERO Esports (AERO)
  • Team Vamos (VMS)
  • Monster Vicious (MV)
  • Todak (TDK)
  • Team Rey (TR)
  • CG Esports (CG)
  • GamesMY Kelantan (GMXK)

Baca maklumat penuh keputusan dan mengenai MPL MY S16

Penaja “Blue-Chip”: MPL MY Jadi Kuasa Hiburan

Langkah MPL MY  ke Franchise turut diperkukuh dengan sokongan penaja besar:

  • CelcomDigi – Official League Presenter Musim 16–18.
  • Infinix – melanjutkan kerjasama sehingga Musim 18; GT 30 Pro sebagai Official Gaming Smartphone.
  • Yamaha – Official Motorcycle Partner Musim 16 & 17, debut global Yamaha dalam esports.
  • Grab Malaysia – Official Food Delivery Partner Musim 16.
  • 100PLUS, Fairrie, CeraVe, Playaz – kembali sebagai rakan strategik.

Ini menunjukkan MPL MY kini lebih daripada sekadar liga — ia adalah intellectual property hiburan yang menarik jenama teknologi, gaya hidup, automotif, dan FMCG.

Apa Maksud MPL MY Franchise Untuk Ekosistem?

Peluang & Kelebihan

  • Kestabilan pasukan – slot tetap membolehkan pelaburan jangka panjang.
  • Pendapatan konsisten – pasukan francais biasanya berkongsi hasil liga.
  • Tarikan penaja besar – lebih banyak peluang kerjasama jenama.
  • Pembangunan komuniti & bakat – laluan kerjaya lebih jelas untuk pemain muda.

Cabaran & Kebimbangan

  • Kos buy-in tinggi – sukar untuk pasukan kecil baharu masuk liga.
  • Kurang fleksibiliti – tiada sistem naik/turun boleh mengehadkan persaingan terbuka.
  • Butiran belum jelas – Moonton masih belum dedahkan penuh mekanisme enhanced franchise format.

Malaysia Sebagai Hab Esports Serantau

  • MPL Malaysia sudah mencatat 870,000 penonton serentak (peak concurrent viewers) pada 2024, membuktikan daya tarikannya.
  • Prestasi Selangor Red Giants di pentas antarabangsa menaikkan reputasi Malaysia. Slogan mereka, #PantangMengalah, kini jadi semangat perjuangan komuniti MLBB negara.
  • Dengan acara besar seperti SEA Games 2025, World Esports Championship, dan M7 World Championship, format baharu MPL MY Franchise dijangka melonjakkan lagi status Malaysia sebagai kuasa esports serantau.

Peralihan ke MPL MY Franchise ialah langkah bersejarah yang ditungu-tungu — menjadikan liga ini bukan sekadar pertandingan, tetapi ekosistem profesional yang menyatukan pasukan, pemain, penaja, dan peminat.

Musim 16 bakal jadi “season legacy” penuh emosi sebelum Malaysia melangkah ke era francais. Dengan penaja besar, pemain berbakat, dan komuniti yang kian berkembang, masa depan esports Malaysia kelihatan cerah — dan MPL MY Franchise bakal menjadi tulang belakang menggerakkan masa depan esukan negara.

Apa pandangan anda tentang MPL MY Franchise? Adakah format ini akan benar-benar membantu pasukan dan pemain tempatan, atau terlalu eksklusif untuk pasukan baharu? Kongsikan pendapat anda bersama kami dibawah.

Ikuti media sosial rasmi MLBB MY untuk maklumat dan interaksi bersama peminat:

Leave a Comment