Home MLBBProject NEXT 2025: 4 Map Baru & Hero Terkini Marksmen Obsidia Membawa Transformasi Terbesar Land Of Dawn

Project NEXT 2025: 4 Map Baru & Hero Terkini Marksmen Obsidia Membawa Transformasi Terbesar Land Of Dawn

by Khalid Zainal
0 comments

Isi Kandungan

Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) sekali lagi membawa kandungan yang mengujakan dengan pelancaran Project NEXT 2025. Kemaskini kali ini bukan sekadar patch biasa, tetapi dilabel sebagai transformasi terbesar Land of Dawn sejak permainan ini dilancarkan.

Dengan tarikh rasmi pelancaran pada 17 September 2025, pemain bakal menyaksikan perubahan menyeluruh yang bukan sahaja terhadap peta permainan, malah cara bermain, strategi pasukan, dan keseimbangan meta. Lebih menarik, update ini turut memperkenalkan hero marksman baru – Obsidia, yang datang dari kegelapan Shadow Abyss.

Baca Juga MPL MY S16

Annual Map Change: 4 Map Baru Strategi Berbeza

Salah satu tarikan utama Project NEXT 2025 ialah Annual Map Change. Buat pertama kali, MLBB memperkenalkan empat peta berbeza yang masing-masing membawa mekanik unik untuk mengubah cara pemain berfikir tentang lane, positioning, dan timing.

Dangerous Grass

  • Ciri utama: Rumput tebal di high ground, inner turret, mid lane, dan kawasan Lord.
  • Kesan gameplay: Tempat selamat kini jadi perangkap maut. Hero dengan burst damage seperti Eudora atau Saber boleh menyelinap dan melakukan instant kill.
  • Strategi: Pemain perlu lebih berhati-hati berbanding map biasa dan tidak boleh terlalu bergantung kepada tank kerana luas perangkap lebih besar.

Broken Walls

  • Ciri utama: Shortcut baru di medan pertempuran.
  • Kesan gameplay: Hero dengan mobiliti tinggi seperti Johnson mendapat peluang tambahan untuk mengejutkan lawan. Pada masa sama, hero kurang mobiliti juga mendapat laluan lari lebih pelbagai.
  • Strategi: Jungler kini boleh masuk ke pit dari belakang untuk mencuri Lord atau Turtle, menjadikan kawalan objektif lebih sengit.

Flying Cloud

  • Ciri utama: Platform berhampiran base yang boleh memberikan mobiliti tinggi terus ke tempat ingin dituju untuk hero baru respawn.
  • Kesan gameplay: Membolehkan pemain kembali bertahan dengan lebih cepat. Hero boleh masuk flight state selama lima saat, memudahkan teamfight initiation atau last-minute defense.
  • Strategi: Sesuai untuk pasukan yang suka bermain late game dan memerlukan clutch defense.

Expanding Rivers

  • Ciri utama: Arus sungai kini deras dan melimpah, meningkatkan kelajuan mobiliti hero.
  • Kesan gameplay: Memudahkan rotasi dan gank, terutama untuk hero tanpa dash skill.
  • Strategi: Pasukan dengan komposisi hero lambat kini mendapat peluang untuk setara dengan pasukan mobiliti tinggi.

Hero Baru: Marksmen Obsidia

Kemunculan Obsidia, seorang marksman dari Shadow Abyss.

  • Latar belakang: Obsidia digambarkan sebagai bekas penguasa jurang kegelapan, kini muncul di Land of Dawn membawa kekuatan baru.
  • Peranan: Sebagai marksman, Obsidia dijangka menjadi hero yang dominan dalam damage output dan berpotensi mengubah strategi serangan jarak jauh.
  • Unsur unik: Walaupun butiran skill penuh belum dibongkar sepenuhnya, teaser rasmi menunjukkan bahawa Obsidia mungkin mempunyai mekanik serangan berskala tinggi yang berbahaya dalam late game.

Kesan Kepada Meta

  • Pemain perlu membina strategi khusus untuk melindungi Obsidia sebagai damage dealer utama.
  • Marksman baharu ini berpotensi menggantikan kedudukan hero meta sedia ada seperti Beatrix atau Brody.
  • Dengan gaya serangan Shadow Abyss, Obsidia dijangka membawa kombinasi unik antara kelajuan serangan dan burst damage.

Revamp Hero Shadow Abyss

Selain Obsidia, tiga hero lama dari Abyss turut menerima revamp besar:

  • Alice → Dijangka lebih fokus kepada sustain dan crowd control.
  • Dyrroth → Revamp untuk meningkatkan peranan sebagai fighter burst.
  • Thamuz → Penekanan kepada durability dan kemampuan zonasi dalam team fight.

Revamp ini memastikan Abyss tetap relevan dalam meta dan seimbang dengan kemunculan Obsidia.

Impak Kepada Strategi & Meta

Dengan gabungan peta baru dan kemunculan Obsidia, Project NEXT 2025 bakal mengubah cara pemain berfikir mengenai permainan:

  • Lane Strategy: Laluan baru di Broken Walls dan Expanding Rivers akan menjadikan rotasi lebih cepat dan agresif.
  • Hero Picks: Marksmen Obsidia dijangka menjadi pilihan utama, manakala hero revamp mungkin akan kembali relevan.
  • Esports Scene: Meta baru ini pasti membawa strategi baru di MPL MY S16. Pasukan profesional perlu menyesuaikan strategi dalam masa singkat.

Project NEXT 2025 menandakan pengalaman baru untuk pemain Mobile Legends: Bang Bang. Dengan Annual Map Change (4 peta unik), kemunculan hero marksman Obsidia, serta revamp hero Abyss, pemain dijanjikan pengalaman segar dan lebih mencabar.

Patch ini bukan sahaja menambah elemen keseronokan, tetapi juga menguji tahap pemain dalam menyesuaikan strategi mereka.

Leave a Comment