Home AksiDragon Ball: Gekishin Squadra – MOBA Dragon Ball Pertama Bakal Dilancarkan September 2025

Dragon Ball: Gekishin Squadra – MOBA Dragon Ball Pertama Bakal Dilancarkan September 2025

by Khalid Zainal
0 comments

Isi Kandungan

Francais Dragon Ball akhirnya melangkah ke satu genre baharu yang popular di kalagan gamers. Dengan pengumuman rasmi oleh Bandai Namco Entertainment bersama pembangun Ganbarion, game Dragon Ball: Gekishin Squadra disahkan sebagai MOBA pertama dalam sejarah francais ini.

Pelancaran globalnya dijadualkan pada 9–10 September 2025, dan ia akan hadir di pelbagai platform termasuk konsol, PC, serta peranti mudah alih. Sebagai sebuah game free-to-play dengan sokongan cross-play penuh, Gekishin Squadra dijangka menjadi salah satu judul paling dinantikan oleh peminat Dragon Ball mahupun pemain MOBA di seluruh dunia.

Mengenai Dragon Ball: Gekishin Squadra

Infomasi Permainan
TajukDragon Ball: Gekishin Squadra
PenerbitBandai Namco Entertainment
PembangunGanbarion (studio yang pernah hasilkan One Piece Unlimited Cruise & Dragon Ball: Fusions)
GenreMultiplayer Online Battle Arena (MOBA) / Team Battle 4v4
ModelFree-to-Play
Tarikh Pelancaran9–10 September 2025 (bergantung rantau)
Platform
  • PlayStation 5
  • PlayStation 4
  • Nintendo Switch
  • PC (Steam)
  • iOS
  • Android
Game ini memberikan pengalaman baharu untuk francais Dragon Ball dengan memberi pengalaman kompetitif berpasukan, seiring populariti MOBA moden seperti League of Legends, Mobile Legends, dan Pokémon Unite.
Ciri-Ciri Utama
Pertempuran 4v4
  • Perlawanan singkat tetapi intensif.
  • Fokus pada kerja berpasukan untuk menguasai objektif dan menewaskan lawan.
Peranan Watak (Roles)
  • Damage → watak dengan kuasa serangan tinggi untuk menjatuhkan musuh.
  • Tank → barisan hadapan, menyerap damage besar untuk lindungi pasukan.
  • Technical → sokongan taktikal, menguatkan rakan sepasukan & mengganggu strategi lawan.
Sistem Level Up
  • Watak akan naik level sepanjang perlawanan.
  • Kebolehan baharu dan kemahiran ultimate akan terbuka apabila naik tahap.
Mekanik “Gekishin Burst”
  • Serangan ultimate khas yang cukup kuat untuk melumpuhkan Gods of Destruction.
  • Daya tarikan unik kerana hanya serangan ini mampu menjejaskan entiti kebal dalam game.
Customization
  • Pemain boleh personalisasikan watak dengan:
    • Skin eksklusif
    • Animasi masuk (intro animation)
    • Animasi penyudah (finisher) yang epik

Apa yang menariknya Dragon Ball: Gekishin Squadra direka untuk memberikan permainan pantas, penuh aksi, dan strategik. 

Sokongan Platform & Cross-Play

Salah satu kekuatan utama Gekishin Squadra ialah ia direka untuk boleh dimainkan di mana sahaja, pada bila-bila masa.

  • Cross-Play:
    Pemain dari konsol, PC, dan mudah alih boleh berentap bersama tanpa halangan.
  • Cross-Save:
    Kemajuan akaun tidak terikat dengan platform. Bermain di PS5, sambung semula di telefon tanpa hilang progress.

Kelebihan ini memastikan game dapat menarik komuniti global dengan lebih mudah, tanpa mengira pilihan platform.

Watak Ikonik Dragon Ball

Seperti yang dijangka, Dragon Ball: Gekishin Squadra menampilkan barisan karakter ikonik yang tidak asing lagi. Antara watak yang disahkan termasuk:

  • Son Goku
  • Vegeta
  • Piccolo
  • Android 18
  • Frieza
  • Majin Buu

Lebih banyak watak akan diumumkan menjelang pelancaran, dan dijangka akan terus ditambah melalui update berkala atau seasonal content.

Kempen Pra-Pendaftaran & Ganjaran

Bandai Namco mengumumkan kempen pra-pendaftaran global dengan pelbagai ganjaran menarik berdasarkan jumlah pemain yang mendaftar.

Tier Ganjaran Global:

  • 100K pendaftaran → 3,000 Zeni
  • 500K pendaftaran → 5 G-Capsules
  • 1 juta → Goku Stamp (emote khas)
  • 2 juta → 7 SG-Capsules
  • 3 juta Son Goku (Mini) dari siri Dragon Ball Daima

Ganjaran paling eksklusif ialah Son Goku (Mini) yang hanya boleh diperoleh jika jumlah pra-pendaftaran global mencapai 3 juta pemain. Ia adalah penghormatan kepada siri terbaru Dragon Ball Daima yang bakal dilancarkan pada tahun sama.

Dragon Ball: Gekishin Squadra bukan sekadar satu lagi game adaptasi anime, tetapi simbol keberanian Bandai Namco untuk membawa francais ini ke era kompetitif moden. Dengan gabungan aksi pantas, strategi berpasukan, dan sokongan cross-play global, game ini berpotensi menarik jutaan pemain MOBA serta peminat Dragon Ball di seluruh dunia. Bagi anda yang tidak mahu ketinggalan, pra-daftarlah sekarang untuk pastikan ganjaran eksklusif – termasuk peluang memiliki Son Goku (Mini) ketika pelancaran nanti.

Leave a Comment