Promo Diamond MLBB
Home MLBBPromo Diamond MLBB – Recharge for Rewards September 2025, dengan Hero & Skin Percuma

Promo Diamond MLBB – Recharge for Rewards September 2025, dengan Hero & Skin Percuma

by Khalid Zainal
0 comments

Isi Kandungan

Promo Diamond MLBB menarik terkini! Bermula 1 hingga 30 September 2025, pemain di Malaysia, Indonesia, Filipina, dan Myanmar boleh menikmati kempen istimewa Recharge for Rewards.

Kempen ini menjadi antara topik yang tidak boleh dilepaskan setiap kali ia diumumkan, pastinya tiap kali event ini berlangsung pasti ada reward yang rugi jika dilepaskan seperti mendapatkan hero, skin, dan item menarik dengan nilai yang jauh lebih berbaloi berbanding hari biasa.

Kami bawakan secara lengkap apa itu Recharge for Rewards, hadiah apa yang boleh anda dapat, dan kenapa ia dikira sebagai salah satu promo diamond MLBB terbaik tahun ini.

Apa Itu Recharge for Rewards MLBB?

Recharge for Rewards ialah kempen rasmi MLBB di mana setiap pemain berpeluang untuk dapatkan hadiah eksklusif  setiap kali pemain top-up diamond mlbb.

Apa yang menjadikan September 2025 lebih tertarik adalah adanya reset penuh. Maksudnya:

  • Walaupun anda pernah top-up sebelum ini, reward akan reset bermula 1 September 2025.
  • Semua pemain, lama atau baru, akan bermula dari kosong dan layak claim hadiah semula.

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk dapatkan hero pilihan, skin menarik, dan pelbagai bonus lain dengan hanya melakukan top-up yang minimum.

Kenapa Recharge Melalui Codashop?

Sebagai rakan rasmi MLBB, Codashop menawarkan:

  • Top-up pantas & selamat tanpa perlu login akaun Moonton.
  • Pelbagai kaedah pembayaran (online banking, e-wallet, kad).
  • Kadang-kadang ada diskaun eksklusif sempena promo diamond MLBB.

Jadi untuk pastikan transaksi lancar dan reward masuk segera, Codashop antara pilihan terbaik.

Kenapa Jangan Lepaskan “Promo Diamond MLBB” September 2025?

Setiap kali ada kempen Recharge for Rewards, memang ramai menatikan event ini. Sebabnya mudah:

  • Hadiah confirm dapat, bukan sekadar luck atau gacha.
  • Minimum recharge pun berbaloi, walaupun top-up kecil anda masih layak dapat reward besar.
  • Reset global → peluang kedua untuk pemain lama dan peluang terbaik untuk pemain baru.
  • Ada skin eksklusif dan hero pack kekal yang biasanya tak boleh didapatkan percuma.

Ringkasnya, kalau korang memang main MLBB, rugi kalau tak rebut sertai dalam kempen ini.

Hadiah Utama Kempen Recharge for Rewards September 2025

Untuk memudahkan anda, berikut adalah senarai hadiah mengikut kategori promo:

Promo 1: First Recharge Rewards

Recharge sebarang jumlah → terus dapat:

  • Permanent Hero Choice Pack
  • Special Skin Choice Pack

Tak kisah anda top-up 5, 10 atau 50 diamonds, hadiah ini confirm masuk akaun selepas recharge pertama.

Promo 2: Recharge Lebih, Dapat Lebih (aktif selepas Promo 1)

Tier 1 – Recharge 5 Diamonds

  • Deluxe Skin Trial Pack (3 hari)
  • Lucky Draw Tickets x3
  • 1,888 Battle Points
  • Double BP Card (3 hari) x2

Tier 2 – Recharge 50 Diamonds

  • Emote Selection Pack (pilih 1 daripada 3 emote)

Tier 3 – Recharge 100 Diamonds

  • Epic Skin Random Pack
  • Boleh pilih role + reroll sehingga 3 kali
Spend hanya 100 diamonds je dah berpeluang dapatkan Epic Skin.

Cara Claim Promo Diamond MLBB September 2025

Nak sertai kempen ini sangat mudah. Ikut langkah di bawah:

  1. Masuk ke akaun MLBB anda seperti biasa.
  2. Recharge diamond menggunakan platform rasmi (contohnya Codashop).
  3. Pastikan top-up dalam tempoh promo: 1–30 September 2025.
  4. Selepas berjaya top-up, reward akan terus masuk ke dalam akaun anda.
  5. Ulangi proses jika mahu unlock tier hadiah seterusnya.

Tips Pilih Hero & Skin Paling Berbaloi

Kalau anda baru atau returning player, mungkin pening nak pilih hero/skin bila dapat pack percuma. Berikut beberapa cadangan:

  • Hero Pack: Pilih hero meta terkini atau hero yang versatile (contoh: marksman atau tank).
  • Skin Pack: Utamakan skin dengan efek visual jelas supaya gameplay lebih menarik.
  • Epic Skin Random Pack: Kalau dapat reroll, cuba target role yang selalu anda mainkan.

Promo Diamond MLBB: Siapa Patut Sertai?

Kempen Recharge for Rewards ini sesuai untuk:

  • Pemain Baru → recharge paling minimum sudah cukup untuk dapat hero + skin kekal.
  • Pemain Lama → peluang reset untuk dapat reward sekali lagi.
  • Collector / Skin Hunter → ada peluang besar untuk tambah koleksi epic skin.
  • Peminat MLBB Kasual → walaupun jarang main, top-up kecil tetap beri hadiah berbaloi.

FAQ

1. Kalau saya sudah pernah recharge sebelum ni, masih layak dapat hadiah?
Ya, kerana bermula 1 September ada reset penuh. Semua pemain mula semula dari kosong.

2. Perlu top-up berapa minimum untuk dapat hadiah?
Recharge sebarang jumlah sudah layak untuk Promo 1 (Hero Pack + Skin Pack).

3. Boleh guna platform selain Codashop?
Boleh, asalkan platform itu rasmi dan disokong MLBB.

4. Hadiah masuk terus atau kena tunggu?
Hadiah akan masuk sebaik sahaja transaksi top-up berjaya.

Leave a Comment