Pelancaran Delicious in Dungeon Malaysia 2025
Home Exhibition & PameranPelancaran Delicious in Dungeon Malaysia 2025 di INCUBASE Arena: Pengalaman Aktiviti & Suasana Hari Pertama

Pelancaran Delicious in Dungeon Malaysia 2025 di INCUBASE Arena: Pengalaman Aktiviti & Suasana Hari Pertama

by Khalid Zainal
0 comments

Isi Kandungan

Pelancaran Delicious in Dungeon Malaysia 2025, apa yang menarik untuk dikongsi.

Masuk dungeon pun sanggup, bila nampak replika makanan tu.

Serius, itulah vibe paling kena untuk describe pameran Delicious in Dungeon Malaysia 2025 yang rasmi dilancarkan pada 31 Julai 2025, dekat INCUBASE Arena, Fahrenheit88 KL. Memang syok bila dapat rasa sendiri macam mana diorang hidupkan suasana dunia tu dalam real life.

Jom aku cerita pengalaman aku sepanjang hari pertama pelancaran ni. Mana tahu, boleh bantu korang decide nak datang ke tak (spoiler: korang kena datang!).

Belum Masuk Pameran Dah Rambang Mata!

Sebelum sampai ruang utama pameran Delicious in Dungeon, kawasan sekitar Level 2 Fahrenheit88 tu sendiri dah cukup meriah. Betul-betul sebelah pintu masuk INCUBASE Arena, pengunjung akan nampak theme café khas dari Adolab, lengkap dengan dekorasi dan menu bertemakan dunia Dungeon Meshi — memang sesuai untuk lepak sebelum atau selepas lawat pameran.

Dekat sebelahnya pula ada beberapa booth gacha dan popup store rasmi yang menjual pelbagai barangan eksklusif Delicious in Dungeon. Dari keychain, sticker, button badge, soft toy sampai ke art board dan shikishi — semua original dan berkualiti tu pasti.

Kalau korang collector tegar, memang rugi kalau tak ronda kawasan luar pameran ni dulu!

Untuk yang datang jemputan tu dapat manis-manis, dan ada aktiviti lucky draw. Tahniah kepada Media dan jemputan yang menang lucky draw.

Ucapan Ringkas & Sesi Perasmian Pelancaran Delicious in Dungeon Malaysia 2025

Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan ringkas dari wakil Kadokawa dan pihak INCUBASE Studio Malaysia. Ucapan dia ringkas je, tapi yang paling hype — season 2 Delicious in Dungeon dah pun confirm, guys!

Perasmian pun diakhiri dengan sesi pemotongan reben oleh VIP sebagai simbol bermulanya pameran ini secara rasmi.

Media Tour & First Access ke Pameran

Lepas sesi rasmi Pelancaran Delicious in Dungeon Malaysia 2025, media dan tetamu khas dapat first access masuk ke exhibition zone. Aku antara yang join media group tour — dapat walkthrough khas dengan penerangan dari staf-staf INCUBASE.

Jujurnya, layout dalam pameran ni memang kena sangat dengan vibe Dungeon Meshi. Ada panel cerita setiap watak, replika makanan yang diinspirasikan dari dunia dungeon, dan beberapa kawasan interaktif macam Photo Hunt Station — Kat setiap checkpoint, ada cop yang boleh dikumpul. Bila cukup semua, dan cop tersebut akan membentuk ilustrasi makanan.

Aktiviti & Zon Paling Menarik

Kalau korang nak tahu apa aktiviti yang korang tak patut miss masa datang nanti, ni antara yang aku sempat join:

  • Photo Hunt: Aktiviti paling fun — macam mini treasure hunt tapi dalam dunia manga. ambik gambar dekat zon yang diberitahu, nanti boleh claim 1 poster edisi khas saiz A2.
  • Themed Café: YES — kafe ni memang wujud, dengan menu khas inspired by makanan dalam anime tu. Aku try giant Laios Dragon Fight Rise dengan Marcille Wild Mushroom Burger — rasa dia… well, boleh tahan! Haha.

Btw, ikutkan pengalaman ke exhibition sebelum ni, merchandise memang selalu cepat sold out. Jadi kalau nak dapatkan official merch Delicious in Dungeon kat Malaysia, pastikan datang awal!

Kesimpulan

Kalau korang peminat manga Dungeon Meshi, atau baru nak kenal dunia Ryoko Kui, pameran ni memang berbaloi pergi. Bukan sekadar tengok-tengok je, tapi pengalaman dia tu mahal— sebab rasa macam betul-betul masuk dungeon tu.

Dan paling penting — pameran ni bukan untuk hardcore fans je. Siapa yang suka anime, suka fantasy genre, atau nak cari aktiviti indoor kat KL bulan Ogos–September ni, wajib masukkan ni dalam senarai korang.

So, kalau ada yang tanya “berbaloi ke datang pelancaran Delicious in Dungeon Malaysia 2025 ni?”, jawapan aku: 100% ya.

Bagi yang nak tahu info lanjut mengenai pameran ni harga tiket, jadual pameran dll boleh baca post Delicious In Dungeon Exibition Malaysia

Dan follow facebook page Incubase untuk lebih banyak explorasi anime menarik

Leave a Comment