Home Exhibition & PameranSemua Tentang Delicious in Dungeon Exhibition Malaysia – Tarikh, Lokasi & Aktiviti 2025

Semua Tentang Delicious in Dungeon Exhibition Malaysia – Tarikh, Lokasi & Aktiviti 2025

by Khalid Zainal
0 comments

Isi Kandungan

Peminat anime di Malaysia bakal disajikan dengan pengalaman unik dan immersive apabila Delicious in Dungeon Exhibition Malaysia dan Ryoko Kui Exhibition membuat penampilan sulungnya di INCUBASE Arena Malaysia, Kuala Lumpur. Pameran rasmi ini akan berlangsung selama 50 hari sahaja, dari 1 Ogos hingga 28 September 2025, membawa dunia penuh fantasi, seni dan masakan raksasa ke dunia nyata.

Dibawakan secara eksklusif oleh INCUBASE Studio, acara ini menyatukan dua pameran berprestij: pertama melawati karya dan imaginasi kreatif pengkarya manga terkenal Ryoko Kui, dan satu lagi memberi peluang kepada peminat untuk menyelami dunia Delicious in Dungeon (Dungeon Meshi) melalui paparan ikonik, zon foto, dan hidangan bertema.

Dalam artikel ini, kami sediakan infomasi lengkap buat peminat siri Delicious in Dungeon serta pengunjung Incubase yang ingin tahu lebih lanjut sebelum hadir.

Baca Juga: Pengalaman dan Majlis Perasmian Pelancaran Delicious in Dungeon Malaysia 2025

Lokasi & Tarikh Pameran

Infomasi Operasi Pameran
TempatINCUBASE Arena Malaysia, Tingkat 2, Fahrenheit88, Kuala Lumpur
Tarikh1 Ogos – 28 September 2025
Waktu Operasi10:00 pagi – 10:00 malam (setiap hari)

Apa yang Anda Akan Lihat di Pameran Ini?

Lebih 150 Karya Asal & Reproduksi oleh Ryoko Kui

Masuki dunia kreatif Ryoko Kui, mangaka terkenal yang mencipta Delicious in Dungeon. Anda boleh melihat lebih 150 keping karya asli dan konsep seni, termasuk lukisan tangan, panel manga, dan ilustrasi eksklusif yang tidak pernah dipamerkan di luar Jepun sebelum ini.

Terdapat juga zon khas spotlight Ryoko Kui yang menampilkan video temuramah, sesi rakaman melukis, dan proses kreatif beliau yang menarik.

Paparan Dunia Dungeon Meshi yang Direka Semula

Dalam pameran Delicious in Dungeon Exhibition, beberapa adegan ikonik dari anime dan manga dibawa ke pameran dengan perincian yang memukau. Anda dibawa melihat set replika dungeon, bilik memasak Senshi, dan peralatan watak-watak utama seperti Laios, Marcille, dan Chilchuck.

Zon Foto Eksklusif

Ambil gambar bersama replika makanan raksasa, set memasak, dan karakter board edisi khas. Zon foto ini menjadi tarikan utama untuk peminat cosplay dan content creator.

Delicious in Dungeon Exhibition Malaysia

Kolaborasi F&B Bertema Dungeon Meshi

Untuk pertama kalinya di Malaysia, anda boleh makan seperti Laios dan pasukannya! Kafe bertema di dalam INCUBASE Arena akan menawarkan menu khas Delicious in Dungeon — termasuk hidangan yang diinspirasikan daripada masakan raksasa dalam cerita asal.

Kedai Pop-Up Rasmi

Jangan lepaskan peluang membeli merchandise Delicious in Dungeon dari Jepun seperti figura, keychain, coaster, poster, dan bundle edisi terhad. Beberapa barangan hanya boleh dibeli di Kuala Lumpur sahaja – menjadikannya barangan koleksi yang sangat dicari.

Maklumat Tiket Delicious in Dungeon Exhibition Malaysia

Dapatkan tiket anda di salah satu platform ini: 🎫 ticket2u.com.my | INCUTix | KLOOK

Tiket Awal (26 Jun – 31 Julai 2025)
Duo Combo Ticket (2 dewasa)RM80
Dungeon Character Board BundleRM70 (1 tiket + board karakter rawak dari 4 rekaan)
Tiket Biasa (1 Ogos – 28 September 2025)
Tiket BiasaRM50
Tiket Pelajar / Warga Emas / OKURM40 (ID diperlukan)
Dungeon Character Board BundleRM80
Drink BundleRM62 (termasuk 1 tiket + minuman + coaster eksklusif)
Meal BundleRM79 (1 tiket + hidangan utama/dessert + 2 coaster)
Feast BundleRM132 (1 tiket + minuman + hidangan utama + pencuci mulut + 3 coaster)

Gift Dan Kombo Kolektor

Bagi setiap pengunjung yang masuk, korang akan dapat satu bookmark Dungeon Meshi sebagai admission gift. Hadiah simple tapi meaningful — sesuai sangat untuk dibawa balik sebagai kenangan atau diselit dalam manga Dungeon Meshi.

Bagi peminat dan collector yang suka barang rare, selain bookmark, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan shikishi eksklusif ni. Hanya boleh dapat kalau beli combo bundle, dan dengan 4 design berbeza yang diagihkan secara rawak, memang wajib simpan dalam koleksi Dungeon Meshi korang.

Soalan Lazim Tentang Delicious in Dungeon Exhibition di Incubase

Apakah perbezaan antara Ryoko Kui Exhibition dan Delicious in Dungeon Exhibition?
Ryoko Kui Exhibition menumpukan pada karya seni dan sejarah mangaka itu sendiri, manakala Delicious in Dungeon Exhibition memberi fokus kepada dunia dalam manga dan anime tersebut secara immersive.
Ya, anda boleh membeli mana-mana bundle tiket individu termasuk Drink, Meal atau Feast Bundle. Hanya Duo Combo Ticket yang memerlukan masuk serentak berdua.
Kebanyakan merchandise hanya dijual secara fizikal di venue. Beberapa barangan terhad mungkin tidak tersedia semula selepas pameran tamat.

Satu Pameran Yang Wajib Dilawati!

Delicious in Dungeon Exhibition Malaysia @ Incubase Arena bukan sekadar pameran, tetapi sebuah pengalaman fandom penuh imaginasi dan kreativiti. Dengan paparan seni unik, aktiviti interaktif, makanan bertema dan merchandise eksklusif — ia adalah destinasi wajib bagi semua pencinta anime dan budaya pop Jepun.

Leave a Comment