Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

SUKANUNVE Edisi Pertama : MPK Muncul Juara Keseluruhan

0

Kejohanan ESports Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA, Karnival E-Sports Persatuan Badan Berkanun Malaysia – SUKANUNVE Edisi Pertama telah berakhir. Kejohanan julung kalinya dianjurkan ini telah berjaya menarik penyertaan dari 36 agensi melibatkan 802 atlet dan 113 pegawai. SUKANUNVE bermula 19 Ogos hingga 22 Ogos lalu, dan dilangsungkan secara atas talian dan disiarkan secara langsung menerusi YouTube UiTM Sports Channel dan Facebook Pusat Sukan UiTM.

Acara yang dipertandingkan;

  1. Mobile Legends
  2. PUBGM
  3. CODM
  4. Valorant
  5. FIFA 21
  6. PES Mobile
  7. Moto GP

Menurut Setiausaha Kejohanan Esports SUKANUNVE 2021, Zamri Abd. Kahar, Kontijen Majlis Perbandaran Klang (MPK) menjadi juara keseluruhan apabila menewaskan pencabar terdekat kontinjen Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), dengan merangkul dua emas menerusi acara PUBG dan PESMobile serta satu gangsa.

Keputusan Penuh Kejohanan

Mobile Legends

  1. Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

PUBGM

  1. Majlis Perbandaran Klang (MPK)
  2. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
  3. Lembaga Getah Malaysia (LGM)

CODM

  1. LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)

Valorant

  1. LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)
  2. KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
  3. LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM
    (LPPSA) DAN LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN
    (FAMA)

FIFA 21

  1. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

PES Mobile

  1. Majlis Perbandaran Klang (MPK)

MotoGP

  1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Beberapa ahli kumpulan genesix merupakan kakitangan UiTM telah mewakili UiTM bagi permainan Mobile Legends, dan menamatkan kemaraan di suku akhir kejohanan. Tahniah diucapkan kepada kontijen UiTM dan kesemua yang berjaya mewakili badan masing-masing ke kejohanan ini.

Majlis ringkas penyerahan Piala Pusingan kejohanan SUKANUNVE Edisi Pertama telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin di Dewan Hamzah, Klang.

Piala berkenaan diserahkan oleh Setiausaha Kejohanan, Zamri Abd Kahar.

 

 

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.