Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

EVOS Esports Dengan Kerjasama Universal Music Malaysia Membawakan Acara Komuniti Joget PUBGM

0

Malaysia, 11 Ogos 2021 – EVOS Esports, iaitu sebuah organisasi esports terkemuka di Asia Tenggara, telah mengumumkan kerjasama eksklusif dengan Universal Music Malaysia bagi menganjurkan acara komuniti Joget PUBGM. Kerjasama ini melibatkan pemain profesional EVOS VIP, duta jenama dan barisan penyanyi di bawah naungan Universal Music Malaysia.

Acara ini akan dianjurkan secara siaran langsung pada 13 Ogos 2021 di pelbagai platform rasmi EVOS Esports. yang menampilkan pemain professional EVOS VIP: Yakuza, FattahZie, J Hunter, xSamZ, Insomnus dan juga barisan artis dari Universal Music: DOLLA Syasya, DOLLA Tabby, Shalma, Meer Nash.

Kerjasama ini juga disertai HP OMEN, Chek Hup, Domino’s dan Matchroom. Acara komuniti Joget PUBGM ini merupakan promosi bersama Tencent’s PUBG MOBILE.

Acara komuniti ini akan membawa lebih banyak interaksi bertujuan menyatukan peminat. Pada akhir acara, EVOS Esports berharap dapat mencipta detik-detik kenangan bersama peminat. Peminat yang menonton siaran langsung berpeluang bermain bersama pemain professional dengan peraturan tersuai bagi menjadikan permainan bersama ini lebih menyeronokkan.

Bagi yang berminat untuk menyertai acara komuniti ini, anda boleh melayarinya di laman EVOS Esports, YouTube, Instagram, TikTok dan Facebook rasmi mereka.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.