Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

TCGKL 2023: Event Terbesar Untuk Peminat & Pemain TCG

0

Salam semua peminat permainan kad TCG di Malaysia! Ada berita menarik untuk dikongsikan kepada anda semua. Pasti anda tidak mahu terlepas peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara pertama dalam sejarah, TCGKL 2023. Apa itu TCGKL.MY, Ia adalah konvensyen pertama di Kuala Lumpur yang dikhususkan untuk industri Permainan Kad TCG sahaja.

Jika anda adalah penyokong setia dunia permainan kad TCG, anda pasti tahu mengenai komuniti ini yang sedang berkembang di Malaysia. Kali ini, TCGKL.MY akan membawa pengalaman yang lebih unik dengan event ini, pelbagai aktiviti menarik termasuk kedai atau penjual individu, kolektor, penilai, pelabur, ilustrator, dan pencipta kandungan. Pelbagai aktiviti menarik termasuk Kelas Jurulatih, Sesi Langsung dan Bersemuka, Beli, Jual & Tukar – Kad-kad dan Koleksi, serta berpeluang memenangi Hadiah Khas dan hadiah percuma!

Tidak hanya itu sahaja, peminat permainan kad TCG juga akan mendapat peluang untuk mendapatkan kad TCG yang berharga di acara ini. Inilah peluang yang tidak boleh anda lepaskan!

Juga Penampilan Istimewa oleh YB Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri, Kementerian Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan Malaysia, Lim Wei Ping Pengajar bagi Komuniti Muda Permainan Kad Pokemon TCG MY, Pelawak Harith Iskander, dan Ilustrator Abdul Hafiz Abdul Rahman dari Kartun.

Harga Tiket dan Lokasi

Bagi anda yang ingin menyertai acara ini, berikut adalah maklumat tentang harga tiket:

  • Dewasa (1 hari) – RM20
  • Dewasa (2 hari) – RM35
  • Pelajar dan Belia (1 hari) – RM10
  • Pelajar dan Belia (2 hari) – RM15
  • Kanak-kanak di bawah 12 tahun – Percuma

Jadual Acara

Hari 1

[table id=252 /]

Hari 2

[table id=253 /]

Acara ini akan berlangsung di GMBB Bukit Bintang, satu lokasi yang strategik dan mudah diakses.

Merchandises Eksklusif TCGKL.MY untuk Siri Pertama Konvensyen Permainan Kad TCG Kuala Lumpur 2023!

Anda mungkin tertanya-tanya apa yang ada untuk anda di TCGKL.MY. Jangan risau, ada berita baik untuk anda! TCGKL telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan koleksi rasmi TCGKL.MY untuk siri pertama Konvensyen Permainan Kad TCG Kuala Lumpur 2023! Pelbagai barangan menarik seperti t-shirt dengan harga RM37.50, topi dengan harga RM25.00, button badge dengan harga RM3, playmat dengan harga RM30, dan juga lanyard dengan harga RM15. Pasti semua ini adalah suvenir yang anda tidak mahu terlepas.

Daftar Diri dengan TCGKL.MY untuk Ganjaran Istimewa

Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar dengan TCGKL.MY dan meraih lebih banyak kelebihan serta ganjaran yang menarik. Anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah misteri melalui cabutan bertuah yang bakal diadakan!

Peluang Menarik untuk Penjual TCG

TCGKL turut sedang mencari penjual yang berminat untuk menyertai acara ini. Mereka menawarkan pakej menarik kepada penjual dengan harga yang ekonomi, bertujuan untuk memastikan peluang ini terbuka kepada peniaga-peniaga kedai TCG yang telah sedia wujud di pasaran, serta kolektor-kolektor individu yang ingin memamerkan dan menjual koleksi menakjubkan mereka

Marilah kita berjumpa di TCGKL.MY, di mana komuniti permainan kad TCG berkumpul dan memeriahkan acara ini. Mari bersama-sama menyertai pada awal Oktober untuk mencipta pengalaman yang tidak akan kita lupakan!

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.