Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

MSL CUP 2023: Infomasi Penuh Moonton Student Leader Cup

0

Salam kepada semua peminat Mobile Legends dan pelajar-pelajar IPT yang berbakat! Mari kita bersama-sama meriahkan acara besar, Moonton Student Leaders Cup (MSL Cup 2023) yang dikuasakan oleh Moonton Student Leader, serta anjuran bersama GamesMY Esports dan rakan penaja rasmi, Forfit.

Ini merupakan satu peluang unik untuk semua pelajar IPT membuktikan kebolehan dalam dunia sukan elektronik. Pertandingan bakal berlangsung dari 21 hingga 30 Ogos 2023. Jadi, pastikan anda bersedia untuk menghadapi cabaran dan mempamerkan strategi terbaik anda.

Jadual Perlawanan

Format Perlawanan

Acara ini akan menggunakan mod perlawanan Custom Draft Pick (online). Ini adalah peluang terbaik untuk menunjukkan kecekapan dan kepakaran anda dalam menentukan pilihan hero dengan bijak.

1) Kelayakkan Kumpulan;

  • Pasukan akan dibahagikan kepada 16 Group Qualifier
  • Round Robin
  • Juara setiap Group Qualifiers akan ke Playoff
  • Best of 1

2) Playoff;

  • Single Elimination (Kalah Mati)
  • 16 pasukan
  • Pusingan permulaan: Best of 1
  • GRAND FINAL: Best of 3

Hadiah Menarik

[table id=238 /]

Baca Juga MPL MY Musim 12

Pendaftaran

  • Pendaftaran MSL CUP 2023 dibuka sehingga Jumaat, 18 Ogos 2023 pada 11.59PM GMT+8. Atau sehingga slot perlawanan telah penuh, yang mana datang dahulu.
  • Anda boleh mendaftar melalui pautan ini: Pautan Pendaftaran
  • Pendaftaran adalah percuma dan terbuka kepada semua pelajar IPT yang berminat.
  • Tempat adalah terhad kepada 64 pasukan terawal yang berjaya mendaftar.
  • Setiap Pasukan terdiri daripada sekurang-kurangnya lima (5) orang Pemain atau maksimum tujuh (7) orang Pemain – dua (2) Orang Pemain Simpanan adalah pilihan.
  • Setiap pasukan perlu mempunyai majoriti pemain mereka dari Universiti/Institut & dari kampus yang sama. Maksudnya, bergantung kepada berapa ramai pemain yang anda daftarkan;
    • a) 5 Pemain : 3 Pemain (Universiti/Institut & dari kampus yang sama)
    • b) 6 atau 7 Pemain : 4 Pemain (Universiti/Institut & dari kampus yang sama)
  • Seorang pemain hanya boleh menyertai satu pasukan sepanjang kejohanan berlangsung.
  • Semua pemain pasukan perlu memuat turun DISCORD dalam peranti masing-masing.

BUKU PERATURAN RASMI MSL CUP 2023

Sila pilih platform mana yang anda gunakan sebelum mengklik pautan. Sekiranya anda berada di;

PC/Desktop/Laptop : https://bit.ly/BukuPeraturanMSLCup

Smartphone : https://tiny.one/BukuPeraturanMSLCup

Jadi, marilah bersama-sama berkumpul dan bertanding untuk menjadi yang terbaik dalam Mobile Legends! Jangan lepaskan peluang untuk mengukir nama IPT anda dalam dunia esukan.

Salam eSports dan marilah beraksi dalam MSL Cup! 🎮🏆🔥

Sumber Rujukan Facebook Mobile Legends Malaysia

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.