Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

MENA Sertai Peringkat Wild Card M5 di Malaysia

0

Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), MOONTON Games baru-baru ini mengumumkan kawasan Middle East and North Africa, MENA Sertai Peringkat Wild Card sebagai penyertaan ke-7 dalam Kejohanan Dunia M5 Wild Card.

MENA Wild Card M5

Juara MPL MENA Musim ini akan mendapat tempat terus dalam Kejohanan Dunia M5 di Filipina. Juga untuk menentukan wakil MENA yang akan sertai peringkat Wild Card. Inilah peluang besar untuk menonjol dalam skrin global MLBB.

MPL MENA “Fall Split” 2023 mengumpulkan lapan pasukan terbaik MLBB dari wilayah ini untuk berentap merebut ganjaran sebanyak US$100,000 (~SAR375,000). Musim ini, kita akan menyaksikan geng-geng seperti Team Occupy yang pernah mempertahankan gelaran dua kali, bersama saingan sengit mereka Okami eSports, pasukan baru Team Falcons dan Triple Esports, serta pasukan lain yang mungkin jadi kejutan. Pertandingan sedang berjalan di VOV Gaming venue yang hebat di Riyadh, Arab Saudi, dengan Playoffs pada 21 Oktober.

Baca Juga: MPL MY Musim 12

Wild Card akan berlangsung di Malaysia pada November ini. Di sini, wakil dari MENA akan berdepan dengan tujuh pasukan lain dari berbagai kawasan seperti Eropah Timur, Asia Tengah, Amerika Latin, Malaysia, dan lain-lain. Kelapan pasukan ini akan bersaing untuk dua tempat di Kejohanan Dunia M5 di Filipina, dengan ganjaran mencapai US$900,000 (~SAR3,300,000).

Jaime Cruz, Ketua Esports (MENA & Asia Selatan) MOONTON Games, berkata: “Kami kagum dengan prestasi atlet esports MENA. Kejohanan Dunia M5 dan Wild Card memberikan peluang unik untuk mengukur tahap pertumbuhan kebolehan mereka di peringkat antarabangsa.”

Pertumbuhan pesat esports di MENA adalah cerita menarik untuk diperhatikan. Kita akan saksikan geng-geng hebat ini beraksi dalam perjalanan menuju Kejohanan Dunia M5 dan Wild Card. Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi menarik mereka!

Anda boleh melihat siaran langsung di youtube MLBB.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.