Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Ulang Tahun Ke 7 MLBB: Pelbagai Ganjaran Menarik Disediakan!

0

Hai semua, penonton MLBB yang dihormati! Adakah anda sudah sedia untuk sambutan Ulang Tahun Ke 7 MLBB yang penuh bergaya? MLBB kini sudah mencapai usia yang matang dengan menyusuri perjalanan yang hebat selama 7 tahun.

Untuk merayakan capaian ini. Moonton telah mengatur siri acara istimewa yang tidak boleh anda lepaskan! Kesemua ganjaran akan tersedia sehingga 22 October, tetapi anda perlu menyelesaikan tugasan mengikut tarikh ditetapkan agar tidak terlepas untuk mendapatkannya.

Daftar Awal untuk Ganjaran

Sertai kami dalam pra-pendaftaran ulangtahun ini dan nikmati ganjaran eksklusif! dengan hanya berkongsi acara ini tiga kali melalui platform media sosial. Setiap pemain akan memperoleh kod berkongsi eksklusif, seperti yang ditunjukkan di bawah:

Setiap pemain boleh menghasilkan kod yang unik hanya untuk mereka – jadi jangan teragak-agak dan kongsi kod ulangtahun anda dengan rakan-rakan atau keluarga untuk bermain Mobile Legends: Bang Bang bersama-sama.

Ganjaran Pendaftaran Awal

  • Pek Lambang Kecil hingga x2
  • Kad Percubaan Emote Ulangtahun ke-7 (3 Hari)

Kempen Ulangtahun

Kempen ini akan berlangsung dari 30 September – 15 Oktober.
Untuk memperoleh semua ganjaran, pemain perlu menyertai acara khas ‘To The Stars!’ dengan menyelesaikan pelbagai tahap dalam permainan mini Johnson. Tugas pemain adalah memandu kenderaan ke titik akhir dengan menyelesaikan siri teka-teki dan memecahkan masalah yang diberikan. Terdapat 28 tahap yang dibahagikan kepada empat babak yang berbeza.

Ganjaran:
Kulit Eksklusif untuk Johnson

Dan juga:

  • Pemilihan Heroes (satu daripada lima heroes terpilih)
  • Kulit Khas 2022: Harley
  • “Avatar Border” ulangtahun yang ke-7
  • “Killing Notification”
  • “Emotes”

Baca Juga MPL MY Musim 12

Sambutan Ulang Tahun Ke 7 MLBB

Kempen ini akan berlangsung dari 30 September – 6 Oktober

Pemain juga diundang untuk menyertai acara peringatan yang akan berkongsi pengalaman dalam permainan dan capaian mereka dalam MOBA yang telah berjalan lama ini. Cipta semula kenangan dan pengalaman anda dengan menyelesaikan tugas harian dalam sambutan ulangtahun “Birthday Party”!

Ganjaran:

  • “Border” eksklusif ulangtahun ke-7
  • “Emote” ulangtahun ke-7
  • “Recall effect”

Watak Baharu

Terjun dalam kisah lore musim ini bersama Nolan!
Eruditio, sebuah bandar yang penuh dengan kemajuan teknologi yang menarik pelawat dari jauh untuk urusniaga. Eruditio adalah tempat kepada beberapa heroes yang terkenal, termasuk Layla dan Ixia. Musim ini membawa sambungan penutup kepada jalan cerita yang telah dimulakan pada bulan Jun lalu, di mana Nolan diumumkan sebagai dalang di sebalik bencana terkini.

Dikenali sebagai salah seorang saintis terunggul Eruditio bersama isterinya, Lily, Nolan bertanggungjawab dalam projek multivers yang boleh mengaktifkan portal ke dimensi lain. Penyelidik-penyelidik ini hampir menyelesaikan rahsia alam semesta, tetapi malangnya, malapetaka melanda pasukan tersebut – mengakibatkan kematian Lily dan Nolan terperangkap dalam multivers yang tak terbatas. Enam belas tahun kemudian, Nolan kembali – namun dengan harga yang mengerikan, yang menakutkan dan mengejutkan Layla.

Jadi, bersedia untuk merayakan ulangtahun yang epik ini dengan MLBB. Sertai kami dalam kempen dan aktiviti-aktiviti yang menarik, serta terlibat dalam kisah Nolan yang penuh misteri. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi ganjaran dan hadiah hebat! untuk maklumat terkini layari facebook mlbb malaysia

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.