Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

IESF MLBB 2023: Jadual, Keputusan & Infomasi Berita Terkini

0

Saat yang kita tunggu-tunggu akhirnya telah tiba! IESF MLBB 2023, Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang IESF World Esports Championship 2023 kini bermula di Iași, Romania. Dan tahukah anda, ini adalah kali kedua IESF mennganjurkan kejohanan Mobile Legends: Bang Bang. Bersedialah untuk siri permainan esports yang mengujakan yang bakal berlangsung di pentas dunia.

Pastinya sengit, pasukan juara bertahan juga kembali – iaitu pasukan popular dari Indonesia, RRQ Hoshi. Para pahlawan ini telah mengukir nama mereka dengan kemenangan di Kejohanan Dunia MLBB 2022, dan kini mereka kembali untuk mempertahankan gelaran. Namun, mereka akan berhadapan dengan persaingan sengit daripada pasukan lain seperti pasukan Bren Esports dari Amerika Syarikat dan pasukan Vivo Keyd dari Brazil.

Untuk infomasi pasukan Malaysia tidak berjaya melepasi peringkat kelayakkan Asia yang berlangsung pada May/June lepas, dimana wakil adalah dari pemenang juara Liga eMAS 2022 iaitu Madness esports.

Jadi, mari bersiap sedia, para peminat esports! Pentas telah siap, pasukan telah berlatih, dan kita akan menyaksikan satu pertarungan yang pasti menggetarkan arena dunia Mobile Legends: Bang Bang.

Keputusan Penuh

[table id=259 /]

Format IESF MLBB 2023

Peringkat Kumpulan

pula akan dijalankan dalam format “single round robin”, dengan dua pasukan teratas dari setiap kumpulan melangkah ke Peringkat Penyingkiran.

Peringkat Peyingkiran

Kejohanan ini akan dijalankan dalam format “double elimination bracket”. di mana dua pasukan terakhir akan bertembung dalam satu siri” Best-of-Five” (BO5) untuk menentukan juara.

Senarai Kumpulan

Kumpulan A
[table id=254 /]

Kumpulan B
[table id=256 /]

Kumpulan C
[table id=257 /]

Kumpulan D
[table id=258 /]

Cara Menonton

Kejohanan ini akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube MLBB Esports, Facebook Gaming, TikTok, dan Twitch.

Pastikan anda sedia menonton kejohanan ini dan menyokong pasukan kegemaran anda!
Kejohanan ini merupakan peluang hebat untuk melihat beberapa pemain Mobile Legends: Bang Bang terbaik di dunia bersaing untuk merebut gelaran juara.
Semoga anda menikmati kejohanan ini!

Kejohanan Esports Dunia IESF 2023 Mobile Legends: Bang Bang merupakan satu acara penting dalam gelanggang esports global. Ia pastinya akan menjadi kejayaan yang hebat, dan saya harap anda menikmati kejohanan ini!

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.