Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

FFWS 2022: Informasi & Jadual Terkini Free Fire World Series

0

Garena, penerbit untuk permainan battle royale mudah alih yang popular Free Fire, mengumumkan pada hari Rabu (10 November) bahawa Siri Free Fire World Series 2022 berlangsung pada Mei tahun depan. FFWS 2022 merupakan kejohanan dunia siri ketiga Free Fire, merupakan salah satu kejohanan esukan yang dinanti-nantikan oleh peminat esukan serata dunia.

Free Fire World Series 2022 akan diadakan secara offline di Singapura – Sentosa, bermula dengan peringkat Play-Ins pada 14 Mei, dengan Peringkat Akhir akan berlangsung pada 21 Mei. Kelayakan untuk FFWS 2022 akan diadakan di beberapa wilayah dalam beberapa bulan akan datang, dengan pasukan teratas layak menempah slot untuk memenangi hadiah utama.

Edisi 2021 lalu, Free Fire World Series 2021 yang berlangsung di Singapore (FFWS 2021 SG), merekodkan tontonan tertinggi dari pelbagai platform. Pusingan Akhir FFWS 2021 SG mencecah sehingga 5.4 juta penonton dalam talian serentak, yang merupakan tontonan puncak tertinggi bagi mana-mana perlawanan esport dalam sejarah, tidak termasuk platform Cina, menurut Carta Esports.

Pasukan Phoenix Force dari Thailand telah dinobatkan sebagai juara FFWS 2021 SG dan membawa pulang sebahagian daripada kumpulan hadiah AS$2,000,000. Kemenangan Pasukan Phoenix Force meeupakan kemenangan Siri Dunia pertama untuk Thailand, selepas Pasukan Corinthians dari Brazil memenangi Siri Fire World Series 2019 Rio di hadapan peminat tempat mereka.

Baca Juga kejohanan MCP Free Fire Rautau dimana Malaysia bertanding.

Status Kejohanan

Bermula Mei

Format

Play-in

12 pasukan akan bertarung untuk mendapatkan tempat di Pusingan Akhir pada minggu berikutnya. 2 pasukan teratas daripada Play-in akan menyertai 10 pasukan pilihan utama, dan membentuk 12 pasukan yang akan bersaing untuk menjadi pemenang FFWS 2022 Sentosa.

Malaysia akan bertanding dibawah tiket MCP, bersama Kemboja dan Filipina, akan menyaksikan dua wakil muncul di Pusingan Akhir FFWS.

Pasukan akan bertarung dalam 6 pusingan – merentasi 3 peta – untuk menjadi yang terakhir bertahan, dengan mata diberikan berdasarkan kedudukan tempat dan jumlah pembunuhan.

Mata

1 mata setiap pembunuhan
Mata kedudukan seperti dibawah:

  1. Booyah – 12 Mata
  2.  – 9 Mata
  3. – 8 Mata
  4.  – 7 Mata
  5.  – 6 Mata
  6.  – 5 Mata
  7.  – 4 Mata
  8.  – 3 Mata
  9.  – 2 Mata
  10.  – 1 Mata
  11.  – 0 Mata
  12.  – 0 Mata

Jadual FFWS 2022

Play-Ins: 14 Mei
Peringkat Akhir: 21 Mei

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.