Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

WCS Final 2022: Infomasi Jadual Dan Keputusan Kejohanan

0

E-Sukan Wild Rift WCS Final 2022, sukan mudah alih pertama oleh Riot Games, melancarkan musim rasmi pertama pada 2022, dengan mengumumkan lapan liga serantau yang berfungsi sebagai asas kepada struktur kompetitif global E-Sukan Wild Rift, dan membawa ciri dan gaya unik tersendiri kepada sukan ini. Pada musim pertama, E-Sukan Wild Rift juga akan mengadakan pertandingan antarabangsa rasmi pertama, iaitu Wild Rift Icons Global Championship, yang akan menampilkan tahap permainan kompetitif tertinggi, dan akan menobatkan juara dunia Wild Rift.

Status Kejohanan

Sedang Berlangsung

Lihat juga keputusan wakil Malaysia ke SEA Games Hanoi 2022

Keputusan Terkini

Peringkat Play-in

23 April 2022
CES (2) vs EVS (0)
FLA (1) vs ONE (1)
EVS (1) vs FLA (0)
CES () vs ONE ()

Jadual WCS WCS Final 2022

  • Play-ins: April 23 – 24
  • Playoffs: April 26 – 27, April 29 – May 1, May 6 – 7
  • Finals: May 8

Siaran Langsung

Perlawanan-perlawanan Peringkat Akhir Wild Rift Champions SEA 2022 akan ditayangkan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Tagalog, Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia, Mandarin, Bahasa Vietnam dan Bahasa Thai. Perlawanan pertama akan bermula pada pukul 2 P.M, 23 April 2022 dan akan disiarkan secara langsung di Twitch, Facebook dan YouTube pada saluran rasmi Riot serta saluran rakan penyiaran kami:

Bahasa Malaysia

Twitch – Wild Rift Esports Malaysia & Singapore
Facebook – WCS Malaysia & Singapore

Pasukan Bertanding

11 pasukan telah melayakkan diri ke Peringkat Akhir WCS dengan menunjukkan keberanian dan bakat sebenar sepanjang musim WR Champions SEA setakat ini. Pasukan-pasukan dalam playoff adalah seperti berikut:

Pasukan yang telah Melayakkan Diri

  • Malaysia/Singapore – SEM9
  • Masters – Flash Wolves, ONE team
  • Indonesia – Persis Esports
  • Oceania – Smash Logic Gaming
  • Philippines – FENNEL Adversity, Rex Regum Qeon
  • Thailand – EVOS Esports, Buriram United Esports
  •  Vietnam – Team Flash, Cerberus Esports

Format

Peringkat Play-in

Semasa peringkat Play-in, lima pasukan dari kejohanan Wild Rift Champions SEA & Wild Rift Oceania Championships (naib juara pertama dari WCS Masters, Filipina, Thailand dan Vietnam, dan juara Wild Rift Oceania Championships) akan bermain satu perlawanan round- robin, iaitu setiap pasukan akan bermain antara satu sama lain dalam format Best-of-3.

Pasukan teratas dalam kalangan lima tersebut akan layak terus ke Playoff, manakala pasukan tempat ke-2 dan ke-3 akan bermain antara satu sama lain dalam best-of-five untuk memastikan tempat Playoff yang tinggal.

Peringkat Play-off

Di peringkat Playoff, kedua-dua pasukan yang mara dari Play-in akan bertemu dengan enam juara subserantau Wild Rift Champions SEA dan bersaing dalam format penyingkiran berganda.

Lapan pasukan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang mengandungi empat pasukan setiap satu. Kumpulan yang pertama terdiri daripada juara subserantau WCS Masters, Philippines, Thailand dan Vietnam, sementara kumpulan yang kedua terdiri daripada juara subserantau WCS Malaysia & Singapura, Indonesia bersama dua pasukan yang layak dari peringkat Play-in. Pasukan dari subrantau yang sama tidak boleh diundi menentang satu sama lain.

Perlawanan playoff akan menyaksikan pasukan dari kumpulan pertama diundi untuk bermain menentang pasukan dari kumpulan kedua.

Peluang Kedua

Pemenang perlawanan playoff pertama akan mara ke pusingan Bracket Atasan seterusnya manakala pasukan yang kalah akan jatuh ke Bracket Bawahan. Semua perlawanan akan dimainkan dalam format Best-of-5 kecuali untuk Akhir Bracket Bawahan dan Peringkat Akhir yang akan dimainkan dalam format Best-of-7.

Jika sesuatu pasukan terkeluar daripada Bracket Atasan, mereka kemudiannya akan mempunyai satu lagi peluang untuk mara ke peringkat akhir, dengan memenangi perlawanan mereka yang seterusnya di Bracket Bawahan.

Empat pasukan teratas ini akan mewakili rantau SEA dan bertanding dalam Wild Rift Icons Global Championship yang berlangsung di Eropah pada musim panas ini!

Hadiah

Pasukan-pasukan akan bertanding untuk merebut empat tempat bagi menyertai Wild Rift Icons Global Championship dan hadiah terkumpul berjumlah USD 200,000.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.