Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

PUBGM Campus Championship PMCC: Pendaftaran Dan Jadual

0

Yoodo sekali lagi bekerjasama dengan PUBG MOBILE membawakan PUBGM Campus Championship PMCC edisi 2021, 5 Wilayah akan bertanding bersama-sama untuk memenangi hadiah bernilai sebanyak RM60,000! dan yang menariknya Juara akan mendapat slot wildcard secara automatik ke PUBG Mobile National Championship PMNC 2022 serta barangan dan kredit dari yoodo. Terdapat juga pertandingan tambahan dari kejohanan ini iaitu Caster Search Yoodo dan Duta Kampus PMCC 2021.

Status Kejohanan

Pendaftaran Ditutup

Pendaftaran

Pendaftaran telah dibuka, anda dan pasukan boleh mendaftar di pautan dibawah;
Borang pendaftaran PUBGM Campus Championship PMCC

Yoodo menyasarkan 1000 pemain akan mendaftar,

Hadiah

  • Jumlah keseluruhan hadiah bernilai $15,000 atau RM 60,000
  • Juara akan mendapat slot wildcard secara automatik ke PUBG Mobile National Championship PMNC 2022
  • Kredit dan barangan Yoodo

Format

  • Borneo dan Timur 1 kumpulan wilayah
  • Utara, Selatan dan Kawasan Tengah 1 kumpulan wilayah

Wilayah

Setiap Universiti akan bertanding didalam kumpulan yang dibahagikan mengikut wilayah universiti masing-masing.

Kawasan tengah – Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya
Selatan – Melaka, Negeri Sembilan, Johor
Utara – Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak
Timur – Kelantan, Terengganu, Pahang
Borneo – Sabah, Sarawak, Labuan

Peringkat Kelayakkan

  1. Peringkat Kelayakan – 3 Perlawanan/Peta,
    • 2 pasukan teratas akan mara ke peringkat akhir kelayakkan.
  2. Peringkat Akhir Kelayakkan – 5 Perlawanan/Peta, 20 pasukan teratas akan layak ke peringkat kumpulan.
    • 4 teratas dari Borneo
    • 3 teratas dari timur
    • 5 teratas dari Kawasan Tengah
    • 4 teratas dari utara
    • 4 teratas dari selatan

Peringkat Kumpulan

20 pasukan teratas dari peringkat kelayakkan akan bertanding untuk menjadi salah satu dari 16 pasukan yang akan ke grand final

  • 5 perlawanan/map selama 2 hari
  • 16 teratas ke grand final

Peringkat Grand Final

16 pasukan terastas di seluruh Malaysia akan bertanding merangkul kejuaraan PMCC 2021.

Syarat-Syarat

  • PMCC adalah kejohanan untuk pemain PUBGM amatur sahaja. Pemain dari 16 pasukan terbaik di PMPL Musim 4 tidak dibenarkan menyertai di PMCC 2021 sama sekali. Hanya dibenarkan bertanding jika anda seorang pelajar yang pernah bertanding di PMPL Musim 3, atau tidak berada di tempat 16 terbaik di PMPL Musim 4.
  • PUBG Mobile Campus Championship adalah untuk pelajar Kolej/Universiti yang terdapat di seluruh Malaysia
  • Satu pasukan wajib daripada universiti/kolej yang sama.
  • Nombor Kad Pelajar perlu sah ketika kejohanan berlangsung.
  • Sertakan offer letter dari pihak universiti anda, jika tiada student ID kerana baru sahaja mendaftar universiti
  • Tiada bayaran yang dikenakan untuk mendaftar PMCC

Jadual

  • Peringkat kelayakkan
    • Borneo dan Timur – 26 Oktober
    • Utara, Selatan dan Kawasan Tengah – 27 Oktober
  • Peringkat kelayakkan akhir
    • Borneo – 30 Oktober
    • Timur – 31 Oktober
    • Utara – 5 November
    • Selatan – 6 November
    • Kawasan Tengah – 7 November
  • Peringkat kumpulan – 13 hingga 14 November
  • Peringkat Grand Final – 20 hingga 21 November

Program lain

Caster Search Yoodo

Yoodo juga membawa kembali program pencarian bakat pengulas pada musim ini. Jika anda berminat menyertai program ini untuk menguji atau mencari pengalaman sebagai pengulas esukan, ini merupakan peluang yang perlu direbut.

Untuk maklumat penuh sila ke laman caster yoodo.

Syarat dan Peraturan

  • Daftar melalui borang pendaftaran pengulas
  • Muat naik 1 video lakonan anda di YOUTUBE atau FACEBOOK
  • Video dilarang mengandungi unsur-unsur SENSITIF (Etnik, Agama, Bangsa, dan Antara Kumpulan) dan KASAR.
  • Kapsyen mesti mengandungi unsur-unsur berikut:
    • Nama Penuh dan Nama Pentas; Nama Kampus; Apakah 1 perkara menarik mengenai kejohanan ini?
    • Gunakan hashtag ini : #PMCCMY2021CasterSearch #PMCCMY2021 #PUBGMOBILEMalaysia #PMCCSEA #OneSquadOneGoal #yoodomy #youdoitbetter #whatyoowant
  • Bagi peringkat kedua, anda harus muat naik rakaman video ulasan berdasarkan klip berikut pada seksyen Pendaftaran
    https://tinyurl.com/d8zbf5zb
  • Peserta mestilah pelajar universiti yang aktif dengan baki sekurang-kurangnya 1 tahun.
  • Peserta tidak boleh mempunyai pengalaman mengulas bagi kejohanan utama.
  • Pakaian formal di semua peringkat pertandingan
  • Peserta dikehendaki melengkapkan vaksin dua kali dan telah lulus 14 hari sebelum 27 Oktober 2021

Format

Pertandingan ini akan dibahagikan kepada 4 peringkat

Peringkat pertama – Pendaftaran

  • Tarikh Pendaftaran: 12 – 22 Oktober
  • Keperluan Video
    • Intro berdurasi 30 saat (nama, nama panggilan pentas, universiti)
    • Outro berdurasi 30 saat (ayat penutup acara, sebutan penaja, dll)
    • Mengulas berdurasi 1 minit (klip akan disediakan oleh peganjur)

Peringkat kedua – Penilaian Pertama

  • Tarikh: 23-25 Oktober
  • GC akan menyaring calon yang layak berdasarkan kriteria berikut:
    • Ucapan (daripada 10 mata)
    • Teknikal (daripada 10 mata)
    • Pembentangan (daripada 10 mata)

Pringkat ketiga – Ulasan audisi siaran langsung

  • Tarikh: 27 Oktober
  • 10 calon teratas akan dijemput ke studio untuk menunjukkan kemahiran mereka di hadapan panel hakim yang terdiri daripada yang berikut:
    • Top Cast
    • Kyrul
    • Emi
    • Soultan
    • Wakil Yoodo / Tencent
    • ** Dihoskan oleh Keith Lee atau Flava **
  • Calon akan diberi 4 senario yang berbeza untuk mengulas bagi sejauh mana kemampuan lakonan peserta.
    • Klip Hyper-action (Disediakan oleh penganjur)
    • Slow build up (Disediakan oleh penganjur)
    • Kata-kata pembuka (Struktur rangka akan disediakan oleh penganjur)
    • Penutup (Struktur rangka akan disediakan oleh penganjur)
  • 10 calon teratas akan diberi markah berdasarkan kelebihan berikut:
    • Ucapan (daripada 10 mata)
    • Teknikal (daripada 10 mata)
    • Pembentangan (daripada 10 mata)

Peringkat keempat – 5 teratas akan dipilih

  • 30 Oktober – 21 November (Hari pertama siaran langsung hingga hari terakhir)
  • 5 teratas akan diperolehi dari uji bakat ini dan akan dijemput untuk membuat siaran langsung berdasarkan jadual dan penempatan
Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.