Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

MEC Musim 2: Keputusan Dan Infomasi Kejohanan

0

Kejohanan Esukan MEC Musim 2 2021/2022 telah pun tamat, keputusan akhir telah diumumkan Esports Integrated (ESI). Pusingan peringkat Kelayakan dan PlayOff MEC 2021/2022 bermula pada Disember 2021 secara dalam talian sebelum kemuncak Pusingan Akhir, yang telah berlangsung secara fizikal di KL Gateway Mall dari 7 Januari – 9, 2022, bagi keempat-empat tajuk yang dipertandingkan, FIFA 22, DOTA 2, Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile.

Majlis Perasmian berlangsung pada 7 Januari 2022 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker bersama Esports Integrated, Ketua Pegawai Eksekutif (ESI), Encik Ahmed Faris Amir. YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker berkata “MEC 2021/2022 berada di bawah peruntukan Bajet esukan 2021 dengan matlamat untuk membangunkan esukan disamping mencungkil dan memupuk bakat tempatan. Dengan jumlah pendaftaran yang semakin meningkat iaitu sebanyak 12,000, ESI dan KBS akan terus menyokong industri esukan di bawah Bajet 2022 kerajaan. Kami berharap pencapaian ini akan berterusan untuk musim MEC akan datang.”

Dengan pendaftaran 12,000 peserta merentasi kategori berbeza dan sejumlah 2 juta tontonan atas talian, peminat dapat mengikuti pusingan akhir MEC 2021/2022 melalui strim langsung pada Halaman Facebook dan Saluran YouTube Esports Integrated (ESI).

Tahniah kepada semua para pemenang, juara pada hari pertama Grand Final – pemain FAVLAIN muncul sebagai pemenang FIFA 22 dan pasukan ATLANTIS untuk DOTA 2. Melalui kerjasama ESI dan pembangun permainan studio Moonton, pasukan pemenang Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) akan mendapat slot ke Pusingan Kelayakan Top 8 Liga Profesional MPL Musim 9 Mobile Legends . Sementara pasukan juara HOMEBOIS dan dan tempat ke-3 RSG yang kedua-duanya telah memperolehi slot dalam MPL Musim 9, pihak penganjur telah memilih pasukan naib juara dan ke-4, CARACAL dan MIKEY menerima slot untuk bersaing di Peringkat Kelayakan 8 Teratas MPL Musim 9.

Dalam pertempuran antara 16 pasukan semasa peringkat terakhir Battlegrounds Mobile PlayerUnknown (PUBG Mudah Alih) pula, pasukan D3V SILENCE secara automatik mara ke Pusingan Akhir Kelayakan PUBG Mobile Professional League (PMPL) Musim 5.

Anda boleh melihat rakaman kejohanan ini di laman facebook ESI

Keputusan Penuh MEC Musim 2

FIFA

Juara Favlain

Senarai Nama Pemenang

  1. Favlain – Muhammad Faiz Hariry bin Mohamad Fodzai
  2. Draco – Muhammad Faid bin Mohd Said
  3. Zahin – Mohamad Zahin Thaqif
  4. Roshand – Roshand Shane

Dota 2

Juara Atlantis

Senarai Nama Pemenang

  1. Atlantis
    • iSetan – Ahmad Ahyad bin Husam
    • Denise – Denise Danial
    • wayne – Pang Sze Xuan
    • MangO `ROSE – William Yeoh Kwok Teong
    • Ws` – Chung Wei Shen
  2. Cat God
    • LonelyChucky – Chan Kok Khin
    • GaN – Gan Hou Sing
    • shen – Chua Jian Shen
    • jman – Low Zi Xuan
    • aikster – Soh Aik Yang
    • stein – Einstein Yap Ming Yu
  3. Sitiawan
    • 1 – Wen Xian
    • 雷神 – See Earn Soon
    • wenkang – DingBoonKang
    • Ludyna – Dywon
    • Hoong – Hoong Jhen Wei (C)
    • Unknown- – kingsleykim
  4. Red Phoenix Alpha
    • Kok Wei Jun
    • Wong Zhi Ken
    • Yong Hua Jun
    • Wong Wei San
    • Choo Kai Jin

Mobile Legends

Juara Homebois

Senarai Nama Pemenang

  1. Homebois
    • Anippp Ini Boss – Muhammad Haniff Bin Abdul Rashid
    • Madara Uchiha~ – Muhammad Nazhan Bin Mohd Nor
    • Sepat Rudin – Muhammad Irfan Bin Aujang
    • SaifulAujang – Muhammad Irfan Bin Aujang
    • Eyes on map – Muhammad Nazreen Bin Nasir
    • Bengg – Amier Fitri Bin Muhammad Affendy
  2. CaRaCaL (slot ke peringkat suku akhir MPL 9)
    1. Aim – Muhammad Aiman bin Mohamad Abas
    2. LinkEzaa – Mohd Norhadim Yusup
    3. Neo – Muhammad Azam Bin Ahmad
    4. Lolealz – Ealtond Rayner
    5. Zaraki – Jamil Bin Nurolla
  3. RSG
    • Kuza. – Muhammad Khuzaimi Bin Ismail
    • Tiktok. – Fareez Edraki Bin Azhair
    • Zacus – Ahmad Zaki Bin Ibrahim
    • Shinobu – Mohammad Irwandy Lim
    • Iris – Muhammad Izz Daniel Bin Zaidi
  4. Mikey (slot ke peringkat suku akhir MPL 9)
    • Avaaa – Tuan Azrin Izzuddin Bin Tuan Abu Bakar
    • Squpoz – Muhammad Zafri Bin Che Mohd Zulkifli
    • Byby – Adam Aiman Bin Kamari
    • Pyan – Sufyan Nurhidayat
    • Ohaha – Boy Salica

PUBGM

Juara D3V silence

Senarai Nama Pemenang

  1. D3V silence (slot di peringkat Final Pusingan Kelayakan Liga PMPL MYSGPH 5)
    • HBTamm – Mohamad Insaf Tamsil bin Suhardi
    • HBMikyaL – Muhammad Hafiz bin Samsul
    • HBRyuu – Akhmansyah bin Salman
    • HBRyuu – Aiman Hakeem bin Khairulnizam
  2. FARANG GUERILLA
    • FRG乄Mango
    • FRG乄Funky
    • FRG乄Adibz
    • FRG乄Gucci
    • FRG乄MelHEHE
  3. DINGOZ GLAZER
    • DoZ丨MatNain – Muhammad Zulqarnain bin Mohd Azmi
    • DoZ丨AHMAD – Muhammad Zulqarnain bin Mohd Azmi
    • DoZ丨Molyx – Aliff Putra bin Ahmad Shar
    • DoZ丨PAL – Naufal bin Amer Hamzah
    • DoZ | Revox – Aqil Hamizi Bin Mohd Sabri
  4. JabberWocky
    • JW | WhyQT – Muhamamad Faris bin Abdul Gafar
    • JW丨Mar亲 – Ammar Syazwan Bin Azhar
    • JW丨ItsKido – Muhammad Akid Zikry Bin Sapuan
    • JW丨Sam火 – Aiman Arif bin Shaifulnizam
    • JW丨Arash – Muhammad Arash Hilmi bin Mohd Ibraya

Senarai Hadiah Kemenangan MEC Musim 2

Jumlah hadiah terkumpul bernilai RM100,000

FIFA 22

  1. Johan: RM5,000
  2. Naib Johan: RM3,000
  3. Tempat Ke-3: RM1,000
  4. Tempat Ke-4: RM1,000

DOTA 2

  1. Johan: RM5,000
  2. Naib Johan: RM3,000
  3. Tempat Ke-3: RM1,000
  4. Tempat Ke-4: RM1,000

MLBB

  • Johan: RM18,000
  • Naib Johan: RM10,000
  • Tempat Ke-3: RM4,000
  • Tempat Ke-4: RM4,000
  • Tempat ke-5 hingga ke-8: RM1,000 setiap satu

PUBGM

  1. Johan: RM15,000
  2. Naib Johan: RM9,000
  3. Tempat Ke-3: RM5,000
  4. Tempat Ke-4: RM2,000
  5. Tempat ke-5 dan ke-6: RM1,200 setiap satu
  6. Tempat ke-7: RM1,000 setiap satu
  7. Tempat ke-8 dan ke-9: RM800 setiap satu
  8. Tempat ke-10 dan ke-11: RM700 setiap satu
  9. Tempat ke-12 dan ke-13: RM600 setiap satu
  10. Tempat ke-14 dan ke-15: RM500 setiap satu
  11. Tempat ke-16: RM400 setiap satu
*Sumber Gambar dan Infomasi dari ESI
Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.