Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Kohai Infiniti & Moonton Indonesia: Menandatangani Kerjasama Strategik

0

Kohai Infiniti Esports Super App, syarikat utama dalam industri Esports yang menghubungkan pemain di Asia Tenggara, telah mengumumkan Kerjasama Strategik dengan Moonton Indonesia, Penerbit bagi permainan Mobile Legends: Bang Bang dalam kejohanan MDL Indonesia.

Kerjasama ini bertujuan memberi nafas baru didalam cara bermain esports di Indonesia dengan platform yang inovatif. Platform ini bertujuan untuk membantu pemain MLBB untuk berhubung, membina komuniti, dan bersaing di peringkat serantau hingga antarabangsa serta berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan Mobile Legends: Bang Bang Development League (MDL) Play-in.

Dengan mengintegrasikan aplikasi Kohai Infiniti, yang direka untuk memperluaskan fungsi komuniti pemain, pemain akan dapat menunjukkan kemahiran mereka dan mengambil bahagian dalam pertandingan mingguan.

Melalui aplikasi, pemain MLBB dari pelbagai tahap kemahiran dapat meningkatkan mutu permainan dari pemula hingga profesional. Aplikasi ini tidak hanya ditujukan kepada pemain yang kompetitif dan profesional, tetapi juga kepada pemain santai yang ingin menyertai dan bersaing di Combat Arena Kohai Infiniti.

Kerjasama bersama Moonton Indonesia akan memberikan pengalaman yang mengujakan kepada para peminat MLBB di Indonesia. Kolaborasi ini juga membolehkan pemain berhubung dan bersaing dengan pemain dari Malaysia, dengan visi utama untuk berkembang di rantau Asia Tenggara (SEA).

Don Putu Hariswara, Pengarah Kohai Infiniti, menjelaskan manfaat kerjasama ini, “Komitmen kami dengan Moonton Indonesia, Mobile Legends: Bang Bang Development League (MDL) tidak hanya meningkatkan pengalaman esports bagi pemain di Indonesia, tetapi juga menjadi asas utama untuk pengembangan di rantau SEA pada masa depan. Dengan berkongsi dan bekerjasama, kami dapat membuka lebih banyak peluang bagi pemain untuk berhubung, bersaing, dan berkembang dalam pengalaman permainan mereka.

Combat Arena Kohai Infiniti

Aplikasi Kohai Inifiniti akan menyediakan fungsi Combat Arena yang menarik. Di sini, pemain dapat bersaing dan menyertai senarai leaderboard mingguan.

Pasukan terbaik akan memiliki kesempatan untuk bertanding dalam Kohai Infiniti Combat Arena Invitational (KCAI) dan bersaing dengan pasukan-pasukan dari Malaysia.

Selain itu, kini sedang berlangsung Final Kohai Infiniti Championship (KIC) Season 1. Juara
akan mendapat slot di MDL PLAY-IN. Sementara itu, 4 tim pemenang akan diundang terus di kejohanan KOHAI SEA CHAMPIONSHIP (KSC) yang berlangsung pada 1 – 4 Jun 2023 bersama pasukan-pasukan MPL dari Indonesia, Malaysia, Kamboja & Filipina.

Bagi mereka yang ingin mengetahui mengenai aplikasi boleh ke laman rasmi Kohai Infiti.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.