Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Garena CODM : MYSG Championship 2021 Multiplayer

0

Garena CODM : MYSG Championship 2021

Berita baik untuk anda semua peminat CODM di Malaysia, Garena dan ESL SEA telah mengumumkan Call of Duty: Mobile MYSG Championship! musim 2021. Dengan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak $14,000.

Status Kejohanan

Perlawanan Sedang Berlangsung




Format Kejohanan

Peringkat Pertama – Kelayakan Terbuka

Kelayakan Terbuka telah dibuka untuk pendaftaran.

Kejohanan CODM MYSG akan dimulakan dengan peringkat kelayakan, menampilkan 4 pusingan Kelayakan Terbuka. Pusingan kelayakan akan diadakan pada 6 dan 9 Februari untuk pemain yang tinggal di Malaysia, dan pada 7 dan 10 Februari untuk pemain Singapura.

8 pasukan teratas akan terpilih, 4 dari wilayah MY dan 4 dari wilayah SG untuk mara ke peringkat seterusnya.

Menggunakan format “Single Elimination – BO3”

Peringkat Kedua

Peringkat kedua terbahagi kepada 2 Pusingan, “Wave 1” dan “Wave 2”

Wave 1

Wave 1 merupakan pusingan dimana 4 pasukan, 2 dari MY dan 2 dari SG akan disingkirkan. Pasukan yang berjaya melepasi “Wave 1” akan kepusingan seterusnya (Wave 2)

Wave 2

Pasukan yang layak kemudian akan beralih ke “Wave 2” pada 23-24 Februari untuk memainkan satu lagi siri pertandingan “round-robin”, kali ini dengan 4 pasukan jemputan teratas liga kan mengisi slot kosong. 2 kumpulan teratas setiap kumpulan akan layak ke Playoff peringkat 3 pada 5 Mac.

Peringkat Ketiga – Playoff

Pada babak playoff, 4 pasukan akan bertanding merebut sebahagian hadiah bernilai USD 14,000. Hanya satu pasukan dari setiap kumpulan yang akan mara ke peringkat akhir di mana ia akan menjadi pertarungan Malaysia vs Singapura pada perlawanan akhir untuk hadiah utama dan hak menggunakan gelaran no.1 di wilayah MYSG.

Tarikh Penting

  • Open Qualifier – MY: 6 & 9 Feb – 7:00 p.m. | SG: 7 & 10 Feb
  • Wave 1 | Peringkat Kumpulan – 20 & 21 Feb
  • Wave 2 | Peringkat Kumpulan – 23 & 24 Feb
  • Playoff – 5 Mac

Pendaftaran

Pendafataran Telah Ditutup

    1. Pergi ke pautan pendaftaran – ESL CODM MYSG Championship 2021 Multiplayer
    2. Daftar sebagai ahli ESL jika belum berbuat demikian.
    3. Pergi ke bahagian “upcoming war” dan pilih perlawanan pada hari sabtu 6 Febuari.
    4. Daftar pasukan anda.

Maklumat lengkap pendaftaran boleh didapati disini

Syarat-syarat

  • Pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5 dan tidak lebih daripada 7 pemain
  • Pemain mesti memasukkan Call of Duty: ID permainan Mobile
  • Pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 4 anggota dengan kediaman atau kewarganegaraan di salah satu negara berikut:
    Kediaman: Malaysia
    Kewarganegaraan: Malaysia
  • Daftar Masuk Perlawanan – Sabtu, 06 Februari 2021, 6:30 p.m. Setengah jam awal.



Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.