Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

LIGA MEA Musim Pertama: Kejohanan MLBB, PES, Dota 2

0

LIGA MEA Musim Pertama, Melaka Esports Association buat pertama kali nya menganjurkan LIGA MEA untuk musim yang pertama. 3 acara menarik bakal berlangsung iaitu DOTA 2, Mobile Legend Bang Bang dan Pro Evolution Soccer Mobile, dimana liga ini akan dijalankan selama 10 hari.

Status Kejohanan

Telah Tamat

Hadiah Terkumpul

hadiah terkumpul bernilai RM 4000.00 bersama Sijil Digital

Mobile Legends : RM1500

1: RM700.00 + Sijil Digital
2: RM500.00 + Sijil Digital
3: RM200.00 + Sijil Digital
4: RM100.00 + Sijil Digital
5 – 64: Sijil Digital

Dota 2: RM1500

1: RM700.00 + Sijil Digital
2: RM500.00 + Sijil Digital
3: RM200.00 + Sijil Digital
4: RM100.00 + Sijil Digital
5 – 64: Sijil Digital

PES: RM1000

1: RM400.00 + Sijil Digital
2: RM300.00 + Sijil Digital
3: RM200.00 + Sijil Digital
4: RM100.00 + Sijil Digital
5 – 64: Sijil Digital

Pendaftaran

Penyertaan di buka sekarang, pendaftaran adalah PERCUMA!

Pertandingan ini perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3 pemain dalam pasukan berasal dari Melaka. Keutamaan kepada pemegang IC 04 atau menetap lebih 3 tahun di Melaka.

Tarikh Tutup Pendaftaran: 19 September atau slot pendaftaran telah penuh

*Selepas pendaftaran penuh, pihak penganjur akan hubungi setiap Manager atau Leader untuk masuk ke dalam Group Whatsapp dan Discord

Pautan pendaftaran:

Syarat Pendaftaran

  • Setiap pemain bertanggungjawab untuk internet / perkakasan sendiri.
  • Sila sediakan gambar IC setiap Pemain dan gambar tersebut jelas. Anda akan diminta untuk upload di ruangan yang disediakan.
  • Sediakan Logo (Jika ada)

*Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut di setiap borang pendaftaran.

Format Kejohanan

Kejohanan akan berlangsung secara dalam talian.

Mobile Legends

Format liga BO3 untuk peringkat kumpulan dan seterusnya BO5 peringkat playoff.

Dota 2

  • Format liga BO2
  • Pasukan bertanggungjawab untuk membuat lobi sendiri. Kedua-dua pasukan akan memutuskan siapa yang akan membuat lobi, Tetapan Padanan dan pilihan sampingan akan diberikan. Sila baca rulebook Dota 2 yang disediakan disini.

PES

FORMAT Kumpulan Roundrobin

  • Home/Away 8 Minit
  • 16 Team 1 Kumpulan (64 Team 4 Kumpulan)
  • Best 4 Team setiap kumpulan ke Play Off

Play Off (16 Teratas)

  • Home/Away 10 Minit

Pusingan Akhir

  • Perlawanan Perseorangan – 15 Minit

Jadual

Tarikh Liga bermula pada 23 September
Tarikh Liga berakhir pada 03 Oktober 2021
Masa: 5.00PM – 11.00PM

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.