LIGA MEA Musim Pertama: Kejohanan MLBB, PES, Dota 2
LIGA MEA Musim Pertama, Melaka Esports Association buat pertama kali nya menganjurkan LIGA MEA untuk musim yang pertama. 3 acara menarik bakal berlangsung iaitu DOTA 2, Mobile Legend Bang Bang dan Pro Evolution Soccer Mobile, dimana liga ini akan dijalankan selama 10 hari.
Status Kejohanan
Hadiah Terkumpul
hadiah terkumpul bernilai RM 4000.00 bersama Sijil Digital
Mobile Legends : RM1500
1: RM700.00 + Sijil Digital
2: RM500.00 + Sijil Digital
3: RM200.00 + Sijil Digital
4: RM100.00 + Sijil Digital
5 – 64: Sijil Digital
Dota 2: RM1500
1: RM700.00 + Sijil Digital
2: RM500.00 + Sijil Digital
3: RM200.00 + Sijil Digital
4: RM100.00 + Sijil Digital
5 – 64: Sijil Digital
PES: RM1000
1: RM400.00 + Sijil Digital
2: RM300.00 + Sijil Digital
3: RM200.00 + Sijil Digital
4: RM100.00 + Sijil Digital
5 – 64: Sijil Digital
Pendaftaran
Penyertaan di buka sekarang, pendaftaran adalah PERCUMA!
Pertandingan ini perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3 pemain dalam pasukan berasal dari Melaka. Keutamaan kepada pemegang IC 04 atau menetap lebih 3 tahun di Melaka.
Tarikh Tutup Pendaftaran: 19 September atau slot pendaftaran telah penuh
*Selepas pendaftaran penuh, pihak penganjur akan hubungi setiap Manager atau Leader untuk masuk ke dalam Group Whatsapp dan Discord
Pautan pendaftaran:
Syarat Pendaftaran
- Setiap pemain bertanggungjawab untuk internet / perkakasan sendiri.
- Sila sediakan gambar IC setiap Pemain dan gambar tersebut jelas. Anda akan diminta untuk upload di ruangan yang disediakan.
- Sediakan Logo (Jika ada)
*Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut di setiap borang pendaftaran.
Format Kejohanan
Kejohanan akan berlangsung secara dalam talian.
Mobile Legends
Format liga BO3 untuk peringkat kumpulan dan seterusnya BO5 peringkat playoff.
Dota 2
- Format liga BO2
- Pasukan bertanggungjawab untuk membuat lobi sendiri. Kedua-dua pasukan akan memutuskan siapa yang akan membuat lobi, Tetapan Padanan dan pilihan sampingan akan diberikan. Sila baca rulebook Dota 2 yang disediakan disini.
PES
FORMAT Kumpulan Roundrobin
- Home/Away 8 Minit
- 16 Team 1 Kumpulan (64 Team 4 Kumpulan)
- Best 4 Team setiap kumpulan ke Play Off
Play Off (16 Teratas)
- Home/Away 10 Minit
Pusingan Akhir
- Perlawanan Perseorangan – 15 Minit
Jadual
Tarikh Liga bermula pada 23 September
Tarikh Liga berakhir pada 03 Oktober 2021
Masa: 5.00PM – 11.00PM



