Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

RSGMY Dan Todak, Tamatnya Kemaraan di MSC 2021

0

Semalam Hari kedua terakhir MSC 2021 telah menutup kemaraan Malaysia dengan kekalahan RSGMY kepada Execreation dari Filipina. RSGMY ditangga ke 4 manakala wakil ke-2 Malaysia Todak juga telah terkeluar pada playoff lebih awal.

RSGMY yang diketuai oleh rush dan barisan pemain utama;

  • Izanami
  • Lolealz
  • Zacus
  • Kaizer
  • Leixia
  • Syno

Baca juga ; Kemenangan RSGMY menentang Bigtron Alpha

Telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, membawakan kembali taring Malaysia ke pentas asia tenggara. RSGMY bermula dengan sangat garang pada peringkat kumpulan, di undi memasuki kumpulan A bersama RSGSG dan IDNS. RSGMY tidak pernah kalah dan mendahului catatan markah tertingi sekaligus melayakkan mereka ke upper bracket.

Zacus sangat menyerlah dengan penggunaan kufra, banyak pickoff yang dilakukan mengena dan memberi ahli pasukannya peluang melakukan rotation yang baik. Leixia sebagai jungler pula cemerlang memberikan kerosakan utama kepada RSGMY, memberikan mata pembunuhan membuatkan RSGMY menjadi pasukan yang disegani. Lolealz yang merupakan MVP keseluruhan pada MPLMY bersama Izanami sebagai tiang utama dalam memastikan pergaduhan kumpulan berada dipihak RSGMY, sokongan yang diberikan menyebabkan pihak-pihak lawan sukar melakukan pickoff. Dan tidak dilupa Kaizer dan syno frontliner RSGMY, sentiasa dihadapan memberikan ruang untuk ahli pasukan lain melakukan rotation dengan selamat ataupun menyelamatkan ahli pasukan dari ditangkap pihak lawan.

MPLMY hingga ke MSC kali ini kita melihat kebangkitan pasukan RSGMY yang diketuai Rush. Pelbagai pertukaran dan strategi diubah yang memberikan penonton kejutan dan keterujaan yang baru. Analisis dilakukan terhadap pasukan lawan dilihat kebanyakkannya berkesan. Apa yang benar-benar membuatkan RSGMY kuat adalah kekuatan mental ahli pasukan, mereka tidak membuat provokasi, mempunyai disiplin dan tahap hormat kepada lawan yang tinggi.

RSGMY merupakan sebuah pasukan yang berkebolehan tinggi yang patut rakyat Malaysia banggakan. Pencapaian mereka pada tahun ini sangat memberangsangkan. Ahli pasukan yang masih muda rata-rata berumur 20 tahun masih mempunyai ruang untuk berkembang dan pengalaman pada kali ini adalah sangat berharga.

Kekalahan dengan pasukan Execreation menunjukkan pasukan Filipina mempunyai kelebihan dari segi pengalaman, tidak dinafikan kekuatan yang ada pada execreation, dari pemilihan draft telah dapat dilihat mereka mempunyai pelbagai strategi yang lebih berkesan. Semestinya RSGMY mendapat pendedahan yang berguna pada ketika itu.

Wakil kedua Malaysia pula adalah pasukan yang memang sudah pernah memberikan Malaysia hadiah di peringkat dunia dengan mendapat tempat ketiga di Mobile Legends M1, iaitu kejohanan dunia pertama Mobile Legends.

Todak yang diketuai eone bersama barisan utama mereka;

  • Ciku
  • Moon
  • 4Meyz
  • Momo
  • Moyy
  • Xray

Di MSC 2021 kali ini masih berbisa, dengan ketiadaan eone dan jarang melihat xray yang sebelumnya di barisan utama, digantikan dengan momo dan moyy menunjukkan pasukan Todak cuba memperbaiki permainan mereka. Usaha yang ditunjukkan sama sekali meyangkal dakwaan Todak bermain-main di kejohanan. Mereka sebenarnya merupakan sebuah pasukan dengan setia kawan yang tinggi, tidak seperti pasukan lain, mereka bersama-sama merancang dan memperbaiki gaya perlawanan dengan mencipta meta mereka sendiri.

Walaupun beberapa kali meta yang dibawa tidak menjadi di kejohanan, itulah Todak, mereka melanggar, kena tak kena adat melanggar. Disebabkan keberanian ini mereka berada dimana mereka sekarang, sebagai pasukan Malaysia diantara yang terkuat.

Todak di undi masuk ke kumpulan B bersama Evos Legends dari Indonesia dan Cyber Exe dari vietnam. Todak kalah pada pasukan Evos Legends dan menang dengan Cyber Exe, dengan catatan jumlah mata 0 daripada 4 perlawanan 2 menang dan 2 kalah, menempatkan todak di tempat kedua peringkat kumpulan. Tidak seperti RSGMY, Todak perlu melalui fasa 2 peringkat kumpulan. dimana berjumpa dengan pasukan tempat ke-3 dari kumpulan D iaitu Niightmare dari Laos.

Ketika menetang Niightmare dari Laos, Todak menang mudah sekaligus layak ke peringkat playoff di lower bracket. Dari peringkat kumpulan sehingga ke lower bracket Todak mempunyai kesukaran dimana sekali lagi mereka berjumpa pasukan Indonesia, kali ini pula menentang Bigtron Alpha. Pada MSC kali ini Todak telah berjumpa dengan kedua-dua pasukan dari Indonesia, dimana ianya bukan 1 perjalanan yang mudah. Walaupun tewas ditangan kedua pasukan Indonesia ianya tidak bererti Todak lemah, bezanya pasukan lawan mempunyai strategi dan analisis yang lebih teratur.

Todak menamatkan kemaraan MSC 2021 pada hari pertama playoff setelah kalah 2-0. Semestinya ini bukan penanda Todak tidak releven atau tidak mampu lagi memberikan saingan, Todak masih lagi mempunyai pedang yang tajam, mereka perlu lebih peka mempelajari dimana kekuatan pihak lawan dan mengetahui dimana kekurangan pasukan. Pedang Todak tidak perlu tajam pada kedua belah bilah, seperti sekarang yang mana mereka melanggar dengan terlalu kuat, hanya sebelah bilah sahaja sudah mencukupi, tetapi perlulah sangat tajam matanya.

Bagi yang ingin melihat perlawanan di MSC boleh ke Youtube Mobile Legends Malaysia

Akhir sekali saya sebagai peminat esukan negara, mengucapkan Terima Kasih kepada kedua pasukan Malaysia yang bertanding di kejohanan MSC 2021. Keterujaan dan debaran tiap kali pasukan Malaysia menentang pasukan lawan merupakan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan. Saya bangga dengan mereka dan juga pasukan-pasukan lain di MPLMY. Moga kita berjumpa lagi di MPLMY tahun hadapan.

 

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.