Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Todak Mara Ke Playoff MSC 21 Lower Bracket Dengan Melanggar Niightmare

0

Kejohanan Asia Tenggara MLBB 2021 (MSC) telah memasuki fasa kedua pusingan awal. Baki lapan pasukan berhadapan dalam pertandingan hidup dan mati untuk baki empat tiket playoff. Todak Mara Ke Playoff MSC 21

Todak adalah salah satu pasukan MLBB yang cukup berpengalaman di Asia Tenggara. Dalam menghadapi pasukan Laos Niightmare Esports, todak Malaysia mempamerkan corak permainan yang bertenaga mengunakan pengalaman mereka dengan sebaiknya.

Todak menunjukkan susun atur perlawanan yang unik ketika Niightmare walaupun draft niightmare merupakan counter pick draft pasukan todak, meski diasak kerana kelemahan di bahagian drafting tadi, Todak berjaya mendapatkan kemenangan 2-0 menentang Niightmare Esports dari laos itu.

Perlawanan Pertama

Darft pada perlawanan ini Todak membawakan Benedetta, Lunox , Ling, Lou Yi, dan Kufra sebagai benteng pertahanan. Disini 2 assasin dan 2 mage membawakan kesan kerosakan yang sangat besar untuk pasukan, dengan power spike yang ada, Todak lebih bersedia memberikan tentangan yang kuat. Terdapat sedikit perubahan pada peranan pemain dimana momo yang selalunya memikul peranan sokogan telah memilih Banedetta iaitu assasin dan 4meyz selaku assasin telah memakai lunox berperanan sebagai mage.

Pada awal perlawanan pasukan dari laos memberikan tentangan yang hebat menggunakan meta aldous dan estes. Pembunuhan mula di lorong bawah, synchro fission harith yang digunakan BZY keatas 4Meyz itu sukar ditahan memberikan mata pembunuhan pertama kepada niightmare.

Ling yang digunakan ciku yang sangat agresif dan Benedetta momo yang lincah berjaya memberikan kembali rentak pembunuhan balas daripada pasukan Todak.

Perang kemuncak akhirnya berlaku di babak ke-12, pengunaan Lou Yi oleh moon dan lunox 4meyz yang sangat menyakitkan memaksa niightmare berundur dari pertempuran. Menara Niightmare Esports ditumbangkan dengan pantas tanpa balasan, Lord diambil pasukan Todak. Kesemua hero Todak meluru masuk ke pangkalan musuh, kesilpan real world manipulation yang dibuka terburu-buru oleh Yve menyebabkan kesukaran pertahanan walaupun cuba dilakukan sehabis baik, namun lord sudah menembusi kubu pertahanan musuh sekali gus memecahkan Crystal berseorangan.

Pasukan Todak mendapat kemenangan dengan mata bunuh 18-6 dan gelaran bagi pemain terbaik diberikan kepada Momo yang bermain Benedetta dengan KDA 4/0/7.



Perlawanan Kedua

Todak memilih untuk memasukkan Chou, Benedetta, Claude, Yve dan juga Alice dalam perlawanan kedua ini. Perlawanan sengit bermula di lorong atas Momo menggunakan Benedetta bertemu jazbin menggunakan Barats, satu kematian berbalas satu diantara mereka, setelah momo dengan agresif menyerang Barats.

Pertempuran bersambung di kawasan turtle tanpa nyawa yang terkorban, tapi sayangnya turtle berjaya dicuri oleh Granger yang digunakan Linlyx dengan menggunakan sihir pembalasan “retribution”.

Pada waktu ini ciku yang menggunakan Claude telah disekat oleh nanoship yang menggunakan kaja, kaja merupakan counter pick yang sangat berkesan keatas claude. Namun begitu Claude yang digunakan ciku adalah sangat licik, ciku walaupun terkorban beberapa kali, tetapi merupakan penyumbang kerosakan tertinggi kepada pasukan, walaupun ditumbangkan ketika pertempuran, bukan mudah bagi pasukan niightmare untuk mara, pembunuhan pembalasan mudah sahaja didapatkan Todak.

Lord pertama berjaya diambil oleh Ciku, namun gelombang minions yang tinggal, gagal menembusi pertahanan musuh.

Todak sekali lagi berjaya mengambil lord buat kali yang kedua dan dengan kelebihan ini, menara turret atas dan bawah Niightmare Esports dapat diranapkan.

Kesilapan daripada Niightmare Esport sama seperti perlawanan pertama apabila Zaman Force lambat dibuka menyebabkan Harith menjadi korban pertama. Kematian demi kematian berlaku, diikuti oleh Mathilda dan Granger. Chou mengambil peluang ini dengan tendangan The Way of Dragon miliknya ke atas Barats sekaligus menuju ke pangkalan musuh mengahancurkan Crystal buat kali yang kedua pada minit ke-21.

Objektif perlawanan dapat dicapai dan Todak berjaya menempah tiket ke dalam lower bracket dengan mata bunuh 23-20 dan gelaran Pemain Terbaik diungguli sekali lagi oleh Momo dengan KDA 7/3/7 menggunakan Benedetta. Dengan ini Todak Mara Ke Playoff MSC 21



Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.