Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

PMPL SEA Musim 3 Geek Fam ID Menukar Nama Ke Livescape

0

PMPL SEA kali ini di gegarkan dengan berita pasukan dari GEEK FAM yang berjaya menempah 2 slot melalui wilayah ID dan MY. Menyambut kegembiraan itu, GEEK FAM ID kini dikenali LIVESCAPE. Seperti yang diketahui oleh pasukan esports dari Malaysia, Geek Fam mewakili dua pasukannya dalam Kejuaraan PMPL SEA, iaitu Geek Fam MY dan Geek Fam ID.

Perolehan ini disebabkan peraturan dalam Kejuaraan PMPL SEA yang menetapkan bahawa tidak membenarkan 1 organisasi mempunyai 2 pasukan dalam satu kejohanan. Ini bertujuan untuk mengelakkan ketidakadilan yang akan berlaku semasa kejohanan.

Livescape Group adalah salah satu syarikat gaya hidup dan pemasaran terkemuka di Asia Tenggara.

Pasukan Livescape yang dibarisi oleh Erfan Rodhini (Alvirlo), Wahyu Ari Maulana (Mort), Davon Putra (Tomz), Rizqie Habibullah (Katou) dan Al Dimas (Dinosours) memenangi Kejuaraan Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia Musim Ketiga Final (PMPL ID) S3) 2021 April lalu dan akan mewakili Indonesia dalam Final PMPL SEA nanti.

Antara pencapaian yang pernah dikecapi barisan “Geek Fam ID” Livescape termasuk:

  1. Juara – PMPL Indonesia Musim Kedua 2021
  2. Tempat Ke-10 – Invitational Peacekeeper Elite Asia 2021
  3. Tempat Ke-14 – PUBG Mobile Musim 3 Liga Profesional
  4. Juara dalam IVV Asia Championship

PMPL ID mendapat 4 slot ke PMPL SEA berkelebihan 1 slot dari wilayah yang lain. PMPL ID akan diwakili oleh pasukan iaitu Bigetron Red Aliens, EVOS Reborn, Geek Fam ID(livescape), dan Aura Esports.

PUBG Mobile Pro League (PMPL) SEA Championship Musim 3 2021 akan berlangsung pada 21-23 Mei 2021. Sebanyak 16 pasukan bertanding dalam kejohanan PUBG Mobile di rantau Asia Tenggara.

Dapatkan maklumat lengkap dan terkini mengenai PMPL SEA disini.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.