Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

THE GAME AWARDS 2020: Last of Us 2, Hades dan Ghost of Tsushima

0

[table id=60 /]

Pengakhiran tahun 2020 bakal tiba dan Geoff Keighley telah mendedahkan senarai akhir pencalonan untuk kategori-kategori yang akan pertandingkan untuk “The Game Award 2020” . Pengasas dan penganjur “The Game Award” Geoff Keighley sebelum ini mengumumkan bahawa acara itu akan menjadi acara secara maya yang berlaku pada 11 Disember jam 7:30 pagi. waktu tempatan.

Didalam video terkini perkongsian dari Keighley, beliau mengatakan calon terdiri dari 23 kategori yang berbeza yang menampilkan 75 permainan berbeza ditambah kategori “content creator”, pasukan esports, atlet, dan “host”. Pertunjukan tahunan ini juga akan menampilkan kategori Persembahan Terbaik yang tidak mengira jantina, di mana sebilangan pelakon akan bertanding. Mereka yang bertanding untuk anugerah tersebut adalah; The Last of Us Part II’s Ashely Johnson dan Laura Bailey, Ghost of Tsushima’s Daisuke Tsuji, Hades ‘Logan Cunningham, dan Nadji Jeter dari Marvel’s Spider-Man: Miles Morales.

Ketiga-tiga permainan ini; The Last Of Us 2, hades dan Ghost of Tsushima sememangnya layak untuk pencalonan Anugerah “Game of the Year”, bersama dengan pencalonan lain seperti Animal Crossing: New Horizons dan Doom Eternal. The Last Of Us 2 telah mengikat sepuluh pencalonan, termasuk Narasi Terbaik dan Arahan Seni Terbaik. Ashley Johnson dan Laura Bailey masing-masing sebagai watak utama Ellie dan Abby. Hades memperoleh lapan anugerah, termasuk Best Action dan Best Indie Game. Logan Cunningham berada dalam senarai Prestasi Terbaik kerana peranannya yang sebagai watak tajuk permainan Hades. Akhirnya, Ghost of Tsushima dengan 7 pencalonan, mencabar The Last of Us 2 untuk Narasi Terbaik dan Arahan Seni Terbaik, antara lain. Daisuke Tsuji juga berada dalam Persembahan Terbaik yang menjalankan peranannya sebagai watak watak Jin Sakai.

Tahun ini, 2020 telah membawa banyak kejutan untuk industri permainan. Pencipta permainan indie seperti permainan dari Supergiant Games bertajuk Hades yang berjaya mendapat tempat didalam pencalonan Anugerah “Game of the Year”, merupakan berita yang sangat mengujakan.  Tahun ini juga menjadi saksi banyak pencalonan tajuk indie; permainan berbilang pemain seperti Fall Guys dan Among Us telah menguasai Twitch dan bahkan menjadi ikon permainan.

Anda boleh melayari https://thegameawards.com untuk mengambil bahagian dalam proses pengundian. Tonton persembahan dan lihat senarai penuh calon di bawah:

[table id=31 /]

[table id=32 /]

[table id=33 /]

[table id=34 /]

[table id=35 /]

[table id=36 /]

[table id=37 /]

[table id=38 /]

[table id=39 /]

[table id=40 /]

[table id=41 /]

[table id=42 /]

[table id=43 /]

[table id=44 /]

[table id=45 /]

[table id=46 /]

[table id=47 /]

[table id=48 /]

[table id=49 /]

[table id=50 /]

[table id=51 /]

[table id=52 /]

[table id=53 /]

[table id=54 /]

[table id=55 /]

[table id=56 /]

[table id=57 /]

[table id=58 /]

[table id=59 /]

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.