Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

MLBB DI KLFW 2023: Koleksi Fesyen MLBB di Minggu Fesyen

0

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) akan dihadiri oleh bintang-bintang Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY) yang akan memeriahkan runway. Moon dari pasukan TODAK, Vins dari HomeBois, dan Super Gojes dari Selangor Red Giants akan memeragakan koleksi MPL MY x SUPERSUNDAYSTORE yang terkini di pentas SUPERSUNDAY pada 27 Ogos. MLBB DI KLFW merupakan kali pertama sebuah liga esports menyertai acara fesyen tahunan ini.

SUPERSUNDAYSTORE, jenama fesyen jalanan yang popular di Malaysia, dikenali dengan rekaan yang diilhamkan konsep graffiti, skateboard, muzik, dan fesyen. Sementara itu, MPL MY merupakan liga esports unggul Malaysia untuk permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih yang paling popular di seluruh dunia dan merupakan permainan mudah alih yang paling banyak dimuat turun di Malaysia.

Koleksi MPL MY x SUPERSUNDAYSTORE, MLBB DI KLFW merangkumi pelbagai siluet sukan tradisional, termasuk jersey, t-shirt, dan hoodie, yang diberikan sentuhan estetika rekaan unik dari MPL MY. Koleksi ini akan tersedia untuk dibeli mulai 28 September 2023 melalui kedai dalam talian SUPERSUNDAYSTORE, dan dari 5 Oktober melalui kedai fizikal SUPERSUNDAYSTORE.

Fikri Rizal Mahruddin, Ketua Pemasaran & Pembangunan Perniagaan MOONTON Games, berkongsi: “Kerjasama antara MPL MY, SUPERSUNDAYSTORE, dan KLFW mencerminkan penyatuan yang semakin pesat antara esports, fesyen, dan gaya hidup—ini merupakan bidang yang sentiasa kami sasar dengan jenama-jenama tempatan. Dengan personaliti dalam dunia esports semakin dilihat sebagai ikon dan contoh teladan oleh peminat-peminat, koleksi pakaian jalanan baharu kami akan memberi mereka lebih banyak pilihan untuk meluahkan diri dengan mengangkat elemen-elemen sukan.”

Sementara itu, Musim 12 MPL MY sedang berjalan dengan sengit. Minggu 2 Musim Biasa sedang berlangsung dari 25 hingga 27 Ogos di arena MPL yang baharu, Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Liga ini akan menyaksikan 10 pasukan MLBB terbaik Malaysia berentap untuk memenangi hadiah berjumlah US$100,000 dan hak untuk meneruskan misi MI5I Malaysia—membawa semangat #pantangmengalah ke pentas global dengan mewakili negara dalam Kejohanan Dunia MLBB M5 2023. Semua perlawanan akan disiarkan secara langsung melalui laman Facebook rasmi MPL Malaysia, serta saluran YouTube dan TikTok Mobile Legends: Bang Bang.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.