Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Homebois MPLi 2023: Pasukan Yang Tidak Kenal Putus Asa

0

Pertandingan yang berprestij Mobile Legends, dan Homebois MPLi 2023 iaitu satu-satunya pasukan yang mewakili Malaysia telah menduduki tempat keempat. Walaupun mungkin bukan hasil yang kita harapkan, tetapi mereka berjaya membuatkan peminat diMalaysia berbangga melihat peningkatan yang ditunjukkan.

Homebois menguasai peringkat kumpulan mereka, menewaskan semua negara lain dan memperlihatkan kemahiran dan kerja pasukan mereka yang mengagumkan, membolehkan Homebois mara ke “upper bracket”. Prestasi mereka begitu mengagumkan sehingga mendapat pujian dari jurucakap, peminat, dan juga “haters”.

Dalam perlawanan peringkat “playoff”, Homebois menghadapi saingan hebat dari Echo dari Filipina di “upper bracket”. Walaupun tewas 2-1, perlawanan itu sangat sengit dan kedua-dua pasukan memperlihatkan permainan yang luar biasa. Keupayaan Homebois untuk memberikan perlawanan sengit kepada lawan yang begitu kuat, sekali lagi menunjukkan kesunguhan dan nekad mereka untuk pergi sejauh mungkin didalam kejohanan ini.

Menurun ke dalam bracket bawah, memberi peluang kedua kepada Homebois untuk meneruskan cabaran. Mereka tidak mengecewakan, menewaskan Blacklist International dari Filipina 2-1. Kemenangan ini adalah bukti kepada kemampuan mereka untuk menyesuaikan diri dan mengatasi cabaran.

Sayangnya, perjalanan Homebois berakhir di tangan RSG PH, yang mana kita dapat melihat ianya menunjukkan kelemahan mereka dalam fasa ban dan pick. Walaupun ini adalah kekalahan yang mengecewakan dan memalukan terutama pada pusingan kedua, adalah lebih penting untuk belajar dari pengalaman ini dan kembali dengan lebih kuat.

Mesej kepada Homebois

Kepada Homebois, kami di Genesix ingin mengucapkan terima kasih. Terima kasih kerana mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Terima kasih kerana memberikan yang terbaik dan membuat kami berbangga.

Kami tahu anda kecewa dengan prestasi terakhir yang ditunjukkan, tetapi kami berharap anda tidak akan berputus asa. Anda telah menunjukkan bahawa anda adalah pasukan yang berbakat dan bersemangat, sekaligus ianya signal, homebois mmg pasukan yang paling layak mewakil Malaysia pada masa ini dan kami yakin anda akan mencapai kejayaan besar pada masa depan.

Kesilapan yang dilakukan dalam pertandingan ini adalah peluang pembelajaran. Gunakanlah mereka untuk meningkatkan dan mempelbagaikan gaya permainan anda dan kembali lebih kuat untuk M5.

Mesej kepada “Haters” Toksik

Ini adalah masa bagi kita sebagai peminat Malaysia untuk bersatu padu dan menyokong pasukan kita, tiada apa yang baik terjadi dengan menjadi peminat esukan yang “toxic. Kita tidak sepatutnya meruntuhkan semangat mereka dengan komen yang menyakitkan. Sebaliknya, kita sepatutnya memberikan dorongan yang mereka perlukan untuk berjaya agar pelapis akan datang tidak mudah putus asa.

Mari tunjukkan kepada dunia bahawa peminat Malaysia adalah berbeza. Kita setia menyokong, dan kita akan berdiri di belakang pasukan kita walaupun mereka menghadapi masa-masa sukar.

Mesej kepada Peminat Malaysia

Kami tahu anda berasa kecewa, inilah masanya, Mereka memerlukan sokongan peminat lebih daripada sebelum ini.

Mari terus memberi semangat kepada mereka dan percayalah pada mereka. Mari tunjukkan kepada mereka bahawa kita sentiasa bersama mereka, tidak kira apa pun.

Bersama-sama, kita boleh membuat pasukan-pasukan Malaysia lebih kuat. Sekarang bukan masa mengharapkan keajaiban dan usaha dari sesetengah pihak, apa yang kita perlu adalah 1 ekosistem yang sihat, teratur dan canggih. Dengan wujudnya komuniti yang sihat, pasti “slowly but surely” kita akan jd lebih baik pada masa akan datang.

Terima kasih kerana membaca.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.