Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Daftar Informasi Kejohanan Esukan Malaysia di Genesix Media

Program Iklan Percuma Kejohanan Esukan

Innitiatif dari Genesix untuk membantu memperkembangkan industri esukan negara dengan program Daftar Informasi Kejohanan Esukan. Misi kami adalah untuk membantu sebanyak mungkin penganjur kejohanan esukan dan pemain esukan negara untuk memudahkan informasi disampaikan ke gologan sasaran, Genesix dilawat sehingga 26,000 peminat esukan didalam tempoh sebulan. Pengunjung kami 98% merupakan peminat esukan yang tinggal di Malaysia.

Jika berminat untuk menyenaraikan pertandingan esukan, hantarkan maklumat melalui pautan dibawah. Sila pastikan informasi yang diberikan adalah lengkap.

Syarat dan Peraturan Daftar Informasi Kejohanan Esukan

Pendaftaran hanya sah sekiranya GENESIX telah menerima borang yang telah diisi dengan lengkap dan betul. GENESIX akan memeriksa pengesahan data penganjur sekiranya permohonan merupakan individu, dalam salah satu dokumentasi gambar pemohon/kad pelajar serta maklumat dalam bentuk nombor IC, nombor hubungi, alamat e-mel, dan akaun media sosial yang dapat diakses. Bagi penganjur organisasi yang berdaftar, hanya nombor pendaftaran syarikat diperlukan.

Pemohon yang telah dinyatakan sah akan menerima pengesahan melalui e-mel dari GENESIX ([email protected]) dalam masa terdekat selepas borang pendaftaran diterima, disarankan pendaftaran dilakukan seawal seminggu sebelum kejohanan. Pengesahan itu juga menyatakan kesahihan pendaftaran bahawa pendaftar adalah penganjur yang bertujuan untuk mempromosikan kejohanan di platform GENESIX.

Pemohon tidak dikenakan sebarang pembayaran, tetapi kami mengalu-alukan peganjur yang ingin menyokong usaha ini, dengan pemasangan logo GENESIX pada bahan promosi seperti poster, risalah, sepanduk, dll.

Pembatalan pendaftaran mesti dilakukan secara bertulis (melalui e-mel) dan ditujukan terus ke GENESIX ([email protected]).

GENESIX hanya mempamerkan maklumat kejohanan di laman http://genesix.my/senarai-esukan-malaysia/ dan Instagram Stories (@genesix_my).

GENESIX tidak bertanggungjawab atas kejadian yang tidak diingini, seperti informasi yang mengelirukan, peserta tidak hadir dll. Walau bagaimanapun, kam mengalu-alukan aduan dan cadagan dari pihak penganjur setiap masalah yang dialami akan direkod oleh kami, agar GENESIX dapat menambah baik program ini dimasa akan datang.

Senarai Kejohanan Esukan Malaysia Kategori Terbuka