Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Ragnarok X: Next Generation Lebih Mesra F2P & Kedai Persendirian

0

Nuverse mengumumkan bahawa Ragnarok X: Next Generation akan dilancarkan pada 18 Jun di Thailand, Indonesia, Filipina, Malaysia, dan Singapura.

Permainan ini boleh didapati di App Store dan Google Play Store. Untuk meraikan pembukaan pra-pendaftaran, pemain yang membuat pra-pendaftaran akan dapat pelbagai hadiah hebat dalam permainan ketika permainan dilancarkan nanti.

Dalam ujian beta tertutup yang baru sahaja ditamatkan, lebih daripada 50,000 pemain mencipta watak di Ragnarok X: Next Generation, dengan kebanyakan mereka memberikan maklum balas yang positif terutama pada peningkatan dan inovasi permainan. Semasa ujian, Archer dilihat sebagai pilihan utama di kalangan pemain, diikuti oleh Mage dan Swordsman.

Apa yang menarik untuk dicuba Ragnarok X: Next Generation?

Dilihat kepada bermulanya Ragnarok Mobile pertama Ragnarok M, kemudian Ragnarok Origin dan kini Ragnarok X: Next Generation, kesemuanya mempunyai kekuatan masing-masing yang mampu menarik minat peminat Ragnarok untuk mencubanya.

Bagi Ragnarok X: Next Generation ianya merupakan pengalaman menjelajah dunia terbuka 3D yang indah dan inventif dengan 100 misi sampingan berserta penceritaan baharu . Ini membuatkan menyelesaikan misi utama, bergaul dengan rakan-rakan dalam pelbagai panorama yang luar biasa, memberikan pengalaman menarik untuk diterokai.

Kelas Watak

Pemain dapat mencipta watak berdasarkan 6 kelas klasik Ragnarok;

  1. Swordsman
  2. Theif
  3. Acolyte
  4. Mage
  5. Archer
  6. Merchant.

Setiap kelas akan mempunyai 2 naik taraf kelas dan 3 tahap tambahan.

Sistem Kasual

Seperti Ragnarok Mobile yang sebelumnya, ianya juga sistem Kelas Kasual dengan memancing, melombong, berkebun, peleburan, memasak, dan membuat kraf, semuanya memberi peluang kepada pemain untuk melakukan perkara lain selain kombat.

Sistem Jual Beli Kedai Pemain

Akhirnya sistem pembukaan kedai yang dinantikan oleh peminat Ragnarok Mobile di terapkan kedalam permainan ini. Cumanya hanya kelas Merchant mempunyai kemahiran membuka kedai sendiri.

Mata Wang

Lebih kurang sama dengan permain Ragnarok Mobile sebelumnya, ianya mempunyai tiga jenis mata wang yang berbeza (Zeny, Diamonds, dan Crystals), tetapi apa yang menariknya adalah penubuhan Pusat Pertukaran serta Diamond Auction House, ini sekaligus membina semula sistem kewangan yang lebih seimbang dan stabil untuk semua pemain.

Pemain boleh membeli mata wang premium(menggunakan duit sebenar) dari pemain lain menggunakan mata wang dalam permainan. Memberikan f2p peluang merasai mata wang premium tanpa mengeluarkan duit sebenar.

Sistem Kostum

Mengikut maklum balas pemain baru-baru ini, sistem kostum merupakan sistem yang menarik yang telah ditambaik. Seperti biasa dengan pelbagai aksesori comel untuk dipilih, pemain dapat menyesuaikan watak mereka secara bebas dan bahkan meningkatkan status seperti kekuatan dan HP.

Pra-Pendaftaran

Beberapa ciri menarik yang penulis rasakan menarik untuk dicuba, bagi yang merasakan perkara yang sama dengan penulis boleh membuat Pra-pendaftaran untuk Ragnarok X: Next Generation di laman web pra-pendaftaran (Pautan) sekarang! Hadiah istimewa termasuk tajuk “Next Generation” dan “Old Card Album” akan diberikan apabila Ragnarok X:Next Generation dilancarkan secara rasmi pada 18 Jun ini.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.