Pengumuman
Pengenalan
Wild Rift telah memberi pra tonton Teemo sejak tahun lalu. Mereka telah memberikan petunjuk di laman media sosial dan video Dev Diary mereka. Kini, Riot Games akhirnya mengesahkan kedatangan Teemo bersama dengan 4 orang rakannya di Wild Rift, dijangka bermula 8 Januari ini apabila musim 0 berakhir.
Patch pertama wild rift pada tahun 2021 hadir dengan beberapa perubahan menarik, termasuk kumpulan champion baru! Wild rift memperkenalkan champion terbaik akan hadir dari Bandle City ke Rift: Corki, Kennen, Tristana, Lulu, dan tentu saja, Teemo. Anda boleh mengikuti mereka dalam pengembaraan mereka semasa acara terbaru, Yordle Expedition. Wid rift juga telah menambah beberapa ciri baru seperti Party Finder, penunjuk latensi baru, dan pelbagai penambahbaikan dan penambahan sistem baru lain.
Barisan Champion Baru
Sebagai catatan ringkas, kebolehan mereka yang sebenar belum diketahui tetapi kemungkinan mereka akan sama seperti yang berasal dari League of Legends ke Wild Rift.
Teemo, The Swift Scout
Perisik lincah telah mendedahkan dirinya dan bakal tiba di Wild Rift. Teemo adalah champion Mage / Marksman yang mempunyai kemahiran halimunan. Teknik Ultimate Teemo membolehkannya meletakkan cendawan beracun tidak kelihatan di peta yang akan memberikan kerosakan dan melambatkan pergerakan mangsa.
Corki, The Daring Bombardier
Corki adalah marksman jitu dengan kemahiran yang unik, dimana Corki boleh mengambil pakej khas yang berada di dalam pangkalan(base). Apabila dia mengambil bungkusan itu, dia mendapat kesan tambahan pada kemahiran ultimatenya. Dia merupakan champion dengan cara permainan yang unik, memaksa pemainnya untuk kembali ke pangkalan(base) untuk menerima peningkatan kerosakan tambahan.
Kennen, The Heart of the Tempest
Ninja kecil ini adalah salah satu marksman jitu yang paling unik di League of Legends PC. Dia dapat membina jenis kerosakan “magic” atau “attack damage” ataupun kedua-duanya. Merupakan champion yang sangat fleksibel untuk mana-mana lorong.
Tristana, The Yordle Gunner
Marksman jitu lain dalam senarai tetapi dengan set kemahiran yang sama sekali berbeza. Pasifnya menambah jarak seragan tiap kali tahapnya(level) meningkat. Dia boleh melompat kearah musuh untuk melambatkan pergerakan musuh dan cooldown untuk kemahiran ini akan diset semula apabila dia berjaya membunuh champion musuh.
Lulu, The Fae Sorceress
Lulu adalah penyihir dengan peranan sebagai penyokong(support) yang dapat mengubah musuh menjadi makhluk halus, menghalang champion musuh dari menggunakan sebarang kemahiran. Dia juga dapat menguatkan ahli kumpulan dengan membesarkan saiz dan menambah HP maksimum champion, menjadikan mereka kelihatan sangat menakutkan.
Ciri-ciri baru dalam Wild Rift Patch 2.0
Riot Games telah mengumumkan kandungan patch 2.0 mereka yang akan datang untuk permainan mudah alih mereka. Ciri-ciri baru termasuk “party finder”, “latency indicators”, “social sharing”, dll.,
Berikut adalah senarai ciri baru yang ditambahkan pada permainan;
Party Finder
Ini membolehkan pemain mencari permainan premade dan menyertainya. Pencipta premade ini boleh menetapkan lobi mereka antara awam atau peribadi. Ini akan membolehkan pemain mencari pemain yang ingin dimainkan bersama dan mungkin juga mencari rakan baru.
Indikasi Latensi
Petunjuk latensi sebelumnya agak tidak tepat. Riot telah menambahbaik fungsi ini. Penambahan penunjuk rangkaian untuk menunjukkan jenis rangkaian pemain (Wifi, 4G, Dll). Penunjuk latensi dalam permainan kini lebih tepat.
Perkongsian Sosial
Ini adalah fungsi di mana pemain kini dapat membuat tangkapan skrin papan skor permainan akhir. Pemain boleh memilih untuk menyimpannya di telefon atau berkongsi ke pelbagai akaun media sosial. Flexing KDA kini lebih mudah di Wild Rift.
Maklumat Peta
Pelbagai maklumat berguna yang dapat anda gunakan untuk membiasakan diri dengan dunia Wild Rift pada bahagian peta.
Pengoptimuman Tutorial
Tutorial yang lebih mendalam akan ditambah dan tutorial tertentu telah dikemas kini.
Emosi Champion Mastery
Kini pemain boleh flex mastery champion kegemaran menggunakan emosi. Emosi master akan tiba tidak lama lagi. Sekiranya pemain mencapai tahap penguasaan 5 pada champion kegemaran, pemain akan memperoleh emosi baru champion tersebut.
Skin Baharu
- Sad Robot Amumu
- Urfrider Corki
- Arcade Corki
- Star Guardian Janna
- Star Guardian Jinx
- Arctic Ops Kennen
- Star Guardian Lulu
- Dragon Trainer Lulu
- Star Guardian Lux
- Cottontail Teemo
- Guerilla Tristana
- Arclight Varus
- Little Devil Teemo
- Little Demon Tristana
- Wicked Lulu
- Super Kennen
- Star Guardian Ezreal
Sistem Permainan
Penambahbaikan dan pembetulan dari bug sebelumnya.
Pemasa Respawn Dragon/Baron
Pemasa spawn untuk monster epik (Dragon dan Baron Nashor) kini dipaparkan di papan skor.
Logik Skor
Tidak lagi dengan sengaja memaparkan maklumat musuh sepanjang masa. Maklumat musuh di papan skor kini dikemas kini hanya setelah pemain memperoleh penglihatan musuh.
Mesej Ping
Kini pemain boleh memberi tahu rakan sepasukan bahawa anda mendapat mesejnya dengan balasan ping.
Roda Emosi Baru
Pemain kini boleh membuka roda emotes dengan menekan vhampion dari sebelumnya pemain perlu mengklik pada panel komunikasi.
Sistem Pesanan Ui
Mesej sistem tidak lagi menyekat pandangan pemain pada champion mereka sendiri (iaitu, undian penyerahan yang gagal tidak akan menghalang penglihatan semasa permainan).
Status Diperincikan
Di tab statistik di papan skor, pemain kini dapat melihat perincian statistik utama yang lebih terperinci, termasuk seperti berapa banyak pengurangan kerosakan dan ketahanan sihir (dalam peratusan) diperolehi dari item perisai dan sebagainya.
Keutamaan Menara
Menara kini mengutamakan seragan pada super minions berbanding siege minions.
Patch asal Riot boleh dibaca di laman web ini.