University E-League UEL 2021
Kitkat Chunky sebagai penaja utama dan Power Up official partner membawakan University E-League UEL untuk tahun ini, merupakan sebuah liga e-sukan varsiti seluruh negara yang terbuka kepada semua pelajar varsiti dan institusi penggajian tinggi di Malaysia yang dinanti-nantikan.
Adrian Gaffor, Ketua Perkembangan Perniagaan di University e-League berkata, “Kami sangat gembira kerana mendapat KitKat Chunky sebagai Power Up official partner untuk University e-League. Sejajar dengan visi dan misi UEL, kami berbesar hati berganding bahu dengan jenama ini dalam perjalanan kami memperkasakan pemain muda dan mencipta peluang yang bermakna bagi gamers dan peminat e-sukan di Malaysia.”
Pada musim 2021, UEL menjangka pendaftaran lebih dari 300 pasukan e-sukan di seluruh Malaysia bersaing dalam 4 kejuaraan hadiah terkumpul untuk hadiah terkumpul tertentu. UEL mengalu-alukan penyertaan pelajar, kelab e-sukan, fakulti universiti dan rakan kerjasama untuk menyertai UEL dan program sokongannya.
Status Kejohanan
Jadual Penting University E-League UEL
Pendaftaran dibuka bermula 14 Jun – 4 Julai
Kelayakan dan Peringkat Akhir akan diadakan 9 Julai – 15 Ogos 2021
Tajuk Permainan
Liga ini akan menampilkan 3 tajuk permainan yang akan dipertandingkan
- DOTA 2
- League of Legends: Wild Rift
- Mobile Legends
Hadiah Terkumpul
Hadiah terkumpul bernilai RM15 000