Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

TODAK LEAGUE MUSIM 2: Pendaftaran Dibuka MLBB & PUBGM

0

TODAK League Musim 2 anjuran Todak Culture Sdn Bhd (Todak) kini kembali bagi menyaksikan pemain-pemain pasukan dua permainan e-sukan popular negara iaitu PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) berentap pada musim kedua.

Status Kejohanan

Sedang Berlangsung

Hadiah Terkumpul

Jumlah hadiah terkumpul untuk musim 2 berjumlah RM33,000

Pendaftaran

4 Kategori akan dipertandingkan 1 dari Mobile Legends dan 3 dari PUBGM.
Pendaftaran bermula 20 September sehingga 1 Oktober 2021.
Pendaftaran adalah PERCUMA.
Jumlah penyertaan adalah tidak terhad, penganjur menyasarkan 4000 penyertaan diterima.

Mobile Legends

Hadiah terkumpul sebanyak RM 10,000 dipetaruhkan

Format

  • Pasukan akan dibahagikan kepada kumpulan mengikut minggu
  • Pemenang mingguan akan bermain di perlawanan bulanan pada setiap hujung bulan, manakala pemenang bulanan akan bermain di Playoff (Grandfinal) pada Disember 2021 untuk merebut gelaran juara Todak League MLBB Season 2 2021

PUBGM

Hadiah terkumpul sebanyak RM 23,000 dipetaruhkan
Bagi permainan PUBGM, 3 kategori dibuka.

Jadual TODAK League Musim 2

Kejohanan bermula 4 Oktober hingga 17 Disember

Mobile Legends

4 Oktober 2021 hingga 17 Disember 2021

PUBGM

Bawah 18 – 4 hingga 23 Oktober
Wanita – 25 hingga 28 Oktober
Terbuka – 1 November hingga 17 Disember

Berita

Pada temu bual di sinar harian, Syed Shazni, 39, Pengarah Urusannya, berharap acara tersebut dapat diperkenalkan kepada masyarakat dan menarik minat mereka terhadap dunia e-sukan serta komuniti permainan e-sukan.

“Kami menyasarkan sebanyak 4,000 pasukan akan sertai kejohanan ini bagi ketiga-tiga kategori. Bagaimanapun, untuk membuka lebih banyak ruang dan peluang bagi pemain baru di luar sana menonjolkan bakat, penganjur tidak akan menghadkan jumlah penyertaan pasukan,”

Menariknya menurut beliau TOdak League Musim 2 kali ini tidak hanya tertumpu kepada kelompok ‘gamer’, musim kali ini turut menawarkan beberapa pertandingan kepada orang awam yang bukan daripada golongan tersebut.

“Kami mahu memberikan pendedahan dunia permainan dalam talian ini kepada umum supaya mereka menerima e-sukan sebagai satu aktiviti atau budaya yang sihat.

Diharapakn lebih banyak organisasi dapat mengadakan kejohanan seperti ini, usaha ini sangat dihargai didalam memberi ruang pemain esukan negara mendapat pengalaman dan mengetahui tahap kemampuan mereka. Anda boleh lawati laman Todak League untuk informasi lebih lanjut.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.