Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

The Corporate League 2022: Musim 3, Infomasi Pendaftaran & Jadual

The Corporate League yang dibawakan oleh The Gaming Company adalah satu kejohanan esukan amatur yang unik, dimana kejohanan khas bagi syarikat-syarikat berdaftar di Malaysia membawa pasukan esukan masing-masing untuk berebut sejumlah dari hadiah bernilai keseluruhan RM 40,000.

Fokus utama kejohanan ini membolehkan syarikat berhubung dengan pekerja mereka dengan lebih baik dan membangunkan rangkaian perniagaan yang kukuh antara industri melalui e-sukan.

“Membina perspektif baharu Nilai teras Korporat direka untuk mendekatkan pekerja syarikat dalam semangat persaingan yang mesra dan memacu semangat setiakawan dalam mana-mana organisasi. Bertentangan dengan kepercayaan popular e-sukan dan permainan boleh menjadi wadah positif untuk membangunkan kemahiran interpersonal yang lebih penting pada peringkat pasukan dan individu”. Inilah tujuan yang di terapkan pada kejohanan ini.

Status Kejohanan

Pendaftaran Dibuka

Promosi Codashop: DISKAUN 20% Untuk Pengguna GrabPay Baharu! Semasa checkout, bayar menggunakan GrabPay dan tekan “Add Offer”, masukkan kod NEWGRABPAY dan tekan “Add”. Hanya sehingga 30 September di Codashop

Baca Juga MPL MY 10 dan ESL One Dota 2 2022 Genting

Hadiah

Hadiah keseluruhan bernilai RM 40,000. RM 10,000 bagi setiap judul permainan.

Syarat Asas

  • Tiada sebarang bayaran dikenakan.
  • Berumur 18 keatas layak mendaftar.
  • Seorang peserta hanya boleh mendaftar untuk 1 judul dan 1 pasukan.
  • Syarikat boleh menghantar sebanyak mana pasukan diinginkan.
  • Kejohanan akan berlangsung secara dalam talian kecuali peringkat akhir yang akan diadakan di KL.
  • Peserta perlulah pekerja sah sedang berkhidmat.
  • Semua ahli pasukan yang bertanding mestilah dari syarikat yang sama dan bekerja secara aktif.
  • Setiap peserta perlu menunjukkan bukti bekerja di syarikat yang ingin disertai.

Pendaftaran & Jadual

Pendaftaran dibuka sehingga 15 September.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi;
Tel: +60 3614 37858 , Emel: project@thegamingcompany.co
Laman: https://www.thecorporateleague.gg/

Terdapat 4 judul esukan yang akan dipertandingkan;

Mobile Legends

Pautan Pendaftaran:

Daftar MLBB

Jadual:

Minggu 1, Peringkat Kelayakkan – 26 September
Minggu 2, Peringkat Liga – 3, 4, 5 Oktober
Minggu 3, Peringkat Liga – 10, 11, 13 Oktober
Minggu 4, Peringkat Liga – 17, 18, 20 Oktober
Minggu 5, Peringkat Liga – 31 Oktober, 1, 3 November
Minggu 6, Peringkat Liga – 7, 8, 9 November
Peringkat Akhir – Akan Diumumkan

Dota 2

Pautan Pendaftaran:

Daftar Dota 2

Jadual:

Minggu 1, Peringkat Kelayakkan – 26 September
Minggu 2, Peringkat Liga – 3, 4, 5 Oktober
Minggu 3, Peringkat Liga – 12 Oktober
Minggu 4, Peringkat Liga – 19 Oktober
Minggu 5, Peringkat Liga – 26 Oktober
Minggu 6, Peringkat Liga – 2 November
Peringkat Akhir – Akan Diumumkan

PUBGM

Pautan Pendaftaran:

Daftar PUBGM

Jadual:

Minggu 1, Peringkat Kelayakkan – 28 September
Minggu 2, Peringkat Liga – 5 Oktober
Minggu 3, Peringkat Liga – 10, 11, 13 Oktober
Minggu 4, Peringkat Liga – 17, 18, 20 Oktober
Minggu 5, Peringkat Liga – 31 Oktober, 1, 3 November
Minggu 6, Peringkat Liga – 7, 8, 9 November
Peringkat Akhir – Akan Diumumkan

Valorant

Pautan Pendaftaran:

Daftar Valorant

Jadual:

Minggu 1, Peringkat Kelayakkan – 26 September
Minggu 2, Peringkat Liga – 3, 4, 5 Oktober
Minggu 3, Peringkat Liga – 10, 11, 13 Oktober
Minggu 4, Peringkat Liga – 17, 18, 20 Oktober
Minggu 5, Peringkat Liga – 31 Oktober, 1, 3 November
Minggu 6, Peringkat Liga – 7, 8, 9 November
Peringkat Akhir – Akan Diumumkan

Format The Corporate League

Terdapat 2 jenis format yang akan digunakan, format 1 bagi judul MLBB, Dota 2 dan Valorant. manakala format 2 hanya diguna untuk judul PUBGM.

Format MLBB, Dota 2 dan Valorant

1. Kelayakkan Terbuka

  • 16 pasukan Penyingkiran Tunggal (Single Elimination)
  • 8 pasukan teratas meneruskan ke Divisyen 1
  • Pasukan 8 terbawah meneruskan ke Divisyen 2
  • Semua Perlawanan Terbaik daripada 1
  • Tempoh : 5 Hari

2. Liga (Divisyen 1) & Liga (Divisyen 2)

Divisyen 1

  • 8 pasukan Round Robin
  • Semua perlawanan Best of 1
  • 2 pasukan terbaik mara ke Grand Final
  • Bahagian 2 terbawah akan ke Divisyen 2 dalam Musim 4
  • Tempoh : 5 minggu

Divisyen 2

  • 8 pasukan Round Robin
  • Semua perlawanan Best of 1
  • 2 pasukan teratas meneruskan ke Divisyen 1 dalam Musim 4
  • Tempoh : 5 minggu

3. Akhir (final)

  • 2 pasukan
  • Perlawanan Best of 5
  • Tempoh : 2 hari

Format PUBGM

1. Kelayakkan Terbuka

  • 32 pasukan
  • 20 pasukan terbaik meneruskan ke Divisyen 1
  • Pasukan 16 terbawah meneruskan ke Divisyen 2
  • Jumlah keseluruhan 3 Peta
  • Tempoh : 5 Hari

2. Liga (Divisyen 1) & Liga (Divisyen 2)

Divisyen 1

  • 20 Pasukan
  • 12 Peta merentasi 4 minggu
  • 16 pasukan terbaik mara ke Grand Final
  • Pasukan 4 Bawah akan bermain di Divisyen 2 untuk Musim 4
  • Tempoh : 4 minggu

Divisyen 2

  • 12 Pasukan
  • 12 Peta merentasi 4 minggu
  • 4 pasukan teratas meneruskan ke Divisyen 1 dalam Musim 4
  • Tempoh : 4 minggu

3. Akhir (final)

  • 16 Pasukan
  • 5 Peta
  • Tempoh : 2 Hari
Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.