Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Playoffs MPL MY Soloz, Daddyhood & Ramai lagi Sebagai Tetamu Istimewa

0

Playoffs MPL MY Soloz, Daddyhood dan ramai lagi telah dijemput moonton sebagai Tetamu Istimewa pada kali ini. Playoff merupakan peringkat kejohanan selepas peringkat kumpulan. Pasukan yang mara ke playoff merupakan pasukan yang berjaya mendapatkan kedudukan teratas. Pasukan-pasukan ini akan dibahagikan kepada 2 bahagian bracket atas dan bawah mengikut jumlah mata yang dikumpul sepanjang peringkat kumpulan dijalankan.

Semestinya peringkat playoff didalam perjalanan mendapatkan pemenang kejohanan MPL MY Musim 7 ini sangat mendebarkan. Pasukan handalan seperti Todak, RSGMY, Orange Esport, juga pasukan baru yang menunjukkan prestasi yang sangat mengagumkan seperti Suhaz Evos yang berjaya mendapatkan tempat pertama didalam kumpulan B.

Bagi menghangatkan lagi kejohanan ini Moonton telah memberikan kejutan dengan membawa pengacara yang tidak asing lagi di esukan Malaysia. Pengacara yang dinanti-nantikan selama ini akan bersama dikejohanan MPL MY Musim 7 ini. Pastinya Playoffs MPL MY Soloz, Daddyhood dan ramai lagi,  akan memeriahkan lagi suasana Musim ini.

Senarai pegacara yang dijemput khas ini adalah;

  • MasterRamen,
  • FanCFreakz,
  • Penjahat,
  • Daddyhood dan
  • Soloz.

Jadual mereka di bawah:

28 Mei

  • MasterRamen
  • FanCFreakz Entertainment

29 Mei:

  • XK Penjahat
  • Daddy Hood

30 Mei:

  • Daddyhood
  • Soloz

Pada hari pembukaan, akan dimainkan dengan format Best Of 3(BO3)  dan bracket atas akan diwakili;
Todak, RSGMY, Suhaz Evos dan Orange esports, manakala bracket bawah akan diwakili Team SMG, Geek Fam, Red esport dan Homebois. Pengacara perlawanan ini adalah MasterRamen dan FanCFreakz Entertainment.

Hari kedua pula merupakan peluang terakhir bagi semua pasukan bertanding untuk merebut slot final dan grand final. Pengacara pada hari kedua ini akan diacarakan oleh XK Penjahat dan Daddy Hood

Final akan menggunakkan format Best Of 5(BO5) dan grand final menggunakan format Best Of 7(BO7). Hari terakhir ini akan menentukan pasukan mana yang layak disebut juara sekali gus menempatkan pasukannya ke slot MSC 2021 tahun ini. Pengacara hari terakhir ini tidak asing lagi yang digelar maharaja dalam mobile legends iaitu Soloz dan pasangannya Daddy Hood. Pastinya hari terakhir akan menampakkan penambahan jumlah penonton yang ketara.

Masanya telah tiba untuk kita melihatkan juara dan wakil negara kita Malaysia yang akan bersaing di MSC peringkat Asia Tenggara. Semoga berjaya diucapkan kepada semua pasukan yang akan bertanding di peringkat playoff MPL MY Musim 7. Ikuti perjalanan dan keputusan MPL MY Musim 7 disini

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan siaran langsung kejohanan sila ke facebook Mobile Legends

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.