Isi Kandungan
Malaysia Esports Federation (MESF) secara rasmi mengumumkan barisan #TeamMAS Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang akan membawa cabaran negara di pentas Sukan SEA ke-33 di Bangkok, Thailand, pada 13 hingga 19 Disember 2025.
Pengumuman ini dibuat bersempena dengan pembukaan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY S16), dan menandakan satu langkah besar dengan misi jelas: menghadiahkan pingat emas pertama untuk Malaysia dalam acara MLBB di Sukan SEA.
Baca Juga MPL MY S16 yang sedang berlangsung
Barisan Rasmi Pasukan #TeamMAS MLBB 2025
Kategori Lelaki
- Pengurus Pasukan (Lelaki & Wanita):
- Simon Mason Lim
- Barisan Kejurulatihan:
- Michael Angelo Libao Bocado – Arcadia (Ketua Jurulatih)
- Poon Kok Sing – Ozoraveki (Penolong Jurulatih 1)
- Nur Hanis Adlan Bin Adnan – Haru (Penolong Jurulatih 2)
- Chun Chin Wee – Winter (Penganalisis)
- Senarai Pemain
- Muhammad Qayyum Ariffin Bin Mohd Suhairi – YumS
- Hazziq Danish Bin Mohamad Rizwan – Stormie
- Muhammad Haqqullah Bin Ahmad Shahrul Zaman – Sekys
- Ealtond Rayner – Lolealz
- Muhammad Danish Fitri Bin Razman – Uni
- Idreen Bin Abdul Jamal – Momo
Kategori Wanita
- Pengurus Pasukan (Lelaki & Wanita):
- Simon Mason Lim
- Barisan Kejurulatihan:
- Muhammad Farhan Bin Ibrahim – Sora Payung (Ketua Jurulatih)
- Kelvin Unting Kelly – Rexvinn (Penolong Jurulatih)
- Senarai Pemain
-
- Qurratul Ain Nurfarisha Bt Mohd Nizam – Shaa
- Hanis Wahidah Binti Mohamad Dashuki – Hanie
- Queenie Lim Mae Shen – Qu1nn
- Afrina Balqis Binti Ibdhi Har Ali – Rinaa
- Arfah Hazira Binti Shahiruddin – Tiramisu
- Sharifah Alia Husna Syed Fakrrurozi – Aria
Sasaran & Harapan Sukan SEA 2025
Infomasi Pertandingan | |
---|---|
Tarikh Pertandingan | 13 – 19 Disember 2025 |
Lokasi | Bangkok, Thailand |
Sasaran | Pingat emas pertama untuk Malaysia dalam acara MLBB |
Presiden MESF, Muhammad Naim Al-Amin, menegaskan bahawa pemilihan dilakukan dengan teliti dan yakin barisan kali ini adalah yang terbaik untuk menggalas cabaran negara.
Manakala Krystal Tan, Ketua Pembangunan Perniagaan Esports Malaysia di Moonton Games, menyifatkan pengumuman ini sebagai bukti kekuatan Malaysia di pentas antarabangsa selepas kejayaan di Esports World Cup dan IESF World Esports Championship.
Hashtag rasmi: #TeamMAS #SEAGames2025 #MESF #PantangMengalah
Rekod Malaysia di Sukan SEA 2023 (Fun Facts)
- Kategori Lelaki:
- 🥈 Pingat Perak – tewas 0-3 kepada Filipina di Grand Final.
- Menewaskan Filipina di peringkat kumpulan – bukti taktikal dan kekuatan skuad muda.
- Tamat peringkat kumpulan tanpa kalah menentang Vietnam, Laos dan Timor Leste.
- Kategori Wanita:
- 🥉 Pingat Gangsa – kemenangan 2-0 ke atas Vietnam dalam penentuan tempat ketiga.
- Pertama kali Malaysia menghantar pasukan wanita MLBB secara rasmi.
Dengan pengalaman meraih perak (lelaki) dan gangsa (wanita) pada tahun lalu, Malaysia kini tampil dengan barisan pemain yang lebih mantap dan persiapan rapi.
Misi kali ini jelas – pingat emas pertama untuk MLBB Malaysia di Sukan SEA.
Ikuti Facebook MESF untuk maklumat mengenai esukan negara.