Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Team Bosskurr Secara Rasmi Kembali ke MPLMY Musim 8

0

Dalam satu kenyataan media yang mengejutkan oleh  Moonton baru-baru ini, mengumumkan pasukan Rahasia kini diambil alih oleh Team Bosskurr MPLMY Musim 8 ini, barisan pemain baru dilihat akan disertai dua pemain veteran iaitu Neo dan Aim (bekas pemain Orange Esports) bersama Kuja sebagai jurulatih,

Pasukan Rahasia dan EBLZ merupakan 2 pasukan baru yang menyertai MPL MY, manakala team bosskurr telah hilang tiket jemputan pada musim sebelumnya.

Ringkasan mengenai Pasukan Rahasia, Selepas kesemua mereka kehilangan kedudukan sebagai barisan pemain Orange Esports untuk Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Kelapan (MPL MY 8), bekas pemain-pemain Orange Esports ini bersama membentuk sebuah pasukan baharu diberi nama Pasukan Rahasia. Mereka bersama 1271 pasukan yang lain telah menyertai pusingan kelayakkan dan berjaya menang di peringkat akhir dan layak ke MPL MY Musim ini.

Barisan Pasukan Rahasia terdiri dari bekas-bekas pemain Orang Esport iaitu;

  • Ajwad Mohd Yusof (Kuja)
  • Muhammad Aiman Mohamad Abas (Aim)
  • Muhammad Azam Ahmad (Neo)
  • Muhamad Raziq Muhamad Bukhari (Mali)
  • Adib Rusydi Ahmad Tarmizi (Adib)
  • Muhammad Amirul Raziq Mohd Azman (Delus)

Pastinya berita ini mengejutkan ramai peminat esukan tanah air, Team Bosskurr yang tidak lagi layak ke playoffs musim lalu dengan rekod kedudukan tercorot ketika musim liga yang lalu, kini kembali melalui slot Pasukan Rahasia dimana merupakan barisan utama Orange Esports yang menunjukkan prestasi cemerlang sebelumnya.

Musim liga akan berlangsung setiap Jumaat hingga Ahad bermula 13 Ogos hingga 3 Oktober. Ikuti jadual dan keputusan terkini MPL MY Musim 8 disini.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.