Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

SEA Games esport 2023: Infomasi, Jadual & Keputusan

0

Pada tahun 2023, Sea Games Esport akan diadakan di Kemboja dari 5 hingga 17 Mei. Acara sukan tiap dua tahun ini akan melibatkan peserta dari 11 negara Asia Tenggara. Negara-negara ini termasuklah Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam. Setiap negara akan menghantar pasukan terbaik mereka untuk bersaing di dalam acara esports yang berbeza.

Status Kejohanan

MLBB Lelaki

Keputusan

MLBB Lelaki

[table id=215 /]

Peringkat Playoff

Peringkat Kumpulan
Kumpulan A
[table id=209 /]

Kumpulan B
[table id=210 /]

Jadual

Tekan Gambar Di Bahagian Keputusan Untuk Gambaran Penuh!


12 May 2023
[table id=208 /]

13 May 2023
[table id=211 /]
Separuh Akhir
[table id=212 /]

14 May 2023 | Akhir
[table id=213 /]

MLBB Wanita

Kedudukan Pingat
[table id=207 /]
* Malaysia dan Vietnam berkongsi pingat gangsa.

[expand title=”Lihat Keputusan” trigclass=”my_special_class”]
Peringkat Playoff

Peringkat Kumpulan
Kumpulan A
[table id=203 /]
Kumpulan B
[table id=204 /]

Jadual
10 May 2023
[table id=205 /]

11 May 2023 | Semi & Akhir
[table id=206 /]
[/expand]

Mengenai esport SEA Games Cambodia 2023

Acara ini akan menampilkan beberapa permainan popular seperti Dota 2, CS:GO, PUBG Mobile, Attack Online 2, dan ML:BB. Selain itu, pada Sea Games Esport 2023, Valorant akan menggantikan League of Legends dalam senarai permainan.

Walaupun jumlah acara pertandingan esport telah berkurang daripada sepuluh menjadi sembilan, acara ini tetap menjadi tempat yang penting untuk pemain esport untuk menunjukkan bakat mereka dan mengharumkan nama negara mereka. Selain itu, pada edisi ini, pertandingan Wild Rift untuk wanita tidak akan diadakan dan akan digantikan dengan acara Attack Online 2 dan MLBB.

Keseluruhan sembilan pingat dipertandingkan yang terdiri daripada lima permainan dan sembilan acara. Setiap negara hanya boleh memasuki tujuh acara daripada sembilan acara yang ada. Namun, tuan rumah Kemboja boleh memasuki semua acara yang dipertandingkan.

Pemillihan Atlet Malaysia

Bagi memilih pasukan atlet MLBB Malaysia yang terbaik, proses pemilihan akan dilakukan secara individu. Sebanyak 8 pasukan MLBB terbaik di Malaysia, termasuklah Todak, RSG, HomeBois, Red Giants, SMG, Red, Team Haq dan Madness akan bertanding dalam 2 perlawanan menentang setiap pasukan.

Setiap perlawanan akan membolehkan para atlet menunjukkan kemahiran dan strategi terbaik mereka. Prestasi yang ditunjukkan oleh setiap pemain akan diberi nilai dan dipertimbangkan dalam pemilihan atlet yang terbaik untuk membentuk satu pasukan Malaysia yang baru.

Ini adalah satu proses yang teliti dan profesional untuk memastikan pasukan atlet MLBB negara kita hanya yang terbaik untuk mewakili Malaysia di Sea Games Esport 2023.

Baca Juga Roadmap MLBB 2023

Namun begitu, untuk pasukan permainan lain, cara pemilihan pasukan masih belum kami ketahui. Kami masih menunggu pengumuman rasmi daripada pihak penyelenggara mengenai proses pemilihan pasukan untuk permainan lain.

Bagaimanapun, kami akan memastikan untuk memberi kemas kini mengenai cara pemilihan pasukan permainan lain sebaik sahaja maklumat tersebut kami terima. Dengan harapan, pasukan atlet dari Malaysia akan dapat bersaing secara saksama di dalam setiap perlawanan di Sea Games 2023 kali ini.

Senarai Pemain MLBB Wakil Malaysia Sea Games Esport

Kategori Lelaki

Barisan Utama

  • Khairul Azman bin Mohd Sharif “Pabz” (Ketua Jurulatih)
  • Poon Kok Sing “Ozoraveki” (Pembantu Jurulatih)
  • Muhammad Hazim Firdaus Bin Ismail “Ajim” (Analisis)
  • Idreen Bin Abdul Jamal “Momo” (EXP Laner)
  • Muhammad Danial Bin Mohamad Fuad “CikuGais” (Gold Laner)
  • Muhammad Syafizan Najmi bin Kamarulzaman “Garyy” (Jungler)
  • Mohammad Zul Hisham Mohd Noor “Xorn” (Roamer)
  • Mohammad Irwandy Lim “Izanami” (Mid Laner)

Simpanan

  • Muhammad Nazhan Bin Mohd Nor “Chibi” (Jungler)
  • Muhammad Arif Bin Abdul Halim “Rippo” (EXP Laner)

Kategori Wanita

  • Rexvinn (Ketua Jurulatih)
  • Rain (Pembantu Jurulatih)
  • SoraPayung (Analisis)
  • Anatasha Norman “Anatasha” (Jungler)
  • Nurul Effa Fauzana Mohd Fauzi “Fafau” (Gold Laner)
  • Nur Afrina Syuhada Ahmad Shaltut “Rosemary” (Roamer)
  • Wan Nur Adibah Humairah “Dibo” (Jungler)
  • Vanessa Natasha Abdullah “Bunny” (Exp Laner)
  • Sharifah Alia Husna “Aria” (Roamer)
  • Hanis Wahidah Mohamad Dashuki “Hanie” (Mid Laner)

Senarai Pemain PUBGM Wakil Malaysia Sea Games Esport

Malaysia akan menghantar 2 pasukan pubgm iaitu Mas1 dan Mas2, Senarai pemain dibawah:
Mas1

  • MAS1 Damrude
  • MAS1 Snipes Gaming
  • MAS1 UHIGH
  • MAS1 Mica Livestream
  • MAS1 STUXNET

Mas2

  • MAS2 Secret.DnJumper
  • MAS2 FLAXOP
  • MAS2 ECHO
  • MAS2 YEN
  • MAS2 OLIYO

Sokogan Atlet esport Malaysia

Untuk memastikan kejayaan Malaysia dalam Sea Games Esport 2023, mari kita memberikan sokongan yang kuat kepada para atlet negara kita. Mereka akan mempertaruhkan segalanya untuk memenangi pingat bagi negara. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu padu dan memberi sokongan kepada mereka, terutama dalam menghadapi saingan dari negara-negara lain di rantau Asia Tenggara.

Dengan sokongan kita, para atlet kita akan lebih termotivasi dan yakin untuk memberikan yang terbaik dalam acara Sea Games Esport 2023. Mari kita bersama-sama memberikan sokongan kepada atlet-atlet negara kita dan meraih kejayaan bersama!

Sumber Rujukan

Sumber rujukan adalah berdasarkan Wikipedia, Facebook dan laman Sea Games Cambodia.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.