Sakamoto days live action
Home AnimasiSakamoto Days Live Action – Adaptasi Rasmi Manga Popular Shonen Jump

Sakamoto Days Live Action – Adaptasi Rasmi Manga Popular Shonen Jump

by Khalid Zainal
0 comments

Sakamoto Days, salah satu manga aksi komedi paling popular dalam Weekly Shonen Jump, kini sah akan diadaptasi ke filem Sakamoto Days live-action. Pengumuman rasmi dibuat melalui isu Weekly Shonen Jump #43 dan disahkan menerusi akaun rasmi mereka di media sosial. Dengan reputasi Sakamoto Days yang semakin meningkat selepas menerima adaptasi anime pada 2025, berita ini memang ditunggu-tunggu peminat di seluruh dunia.

Status Terkini Projek Live Action

Update September 2025
PenerbitToho
PengarahYuichi Fukuda
Penulis SkripYuichi Fukuda
Koordinasi AksiKeiya Tabuchi
Tarikh TayanganAkhir April hingga awal Mei 2026
Dua Versi Fizikal TaroRen Meguro akan berlakon sebagai dua versi Taro Sakamoto:
versi yang “plump” (si gemuk) menggunakan makeup & prostetik khas.

Setakat ini, info rasmi yang diumumkan masih terhad. Apa yang kita tahu:

  • Projek live-action sah sedang dibangunkan.
  • Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut akan datang daripada Shonen Jump.

Sumber rasmi dari Oricon dan crunchyroll

My Hero Academia juga anime/manga yang bakal mempunyai live action sendiri.

Visual pertama watak utama, Taro Sakamoto, telah didedahkan dalam versi live-action

Dengan populariti yang tinggi, boleh dijangka Sakamoto Days akan dapat live action dia sendiri. Manga ini sejak awal sudah menjadi kegemaran peminat Shonen Jump, manakala adaptasi anime pada 2025 meningkatkan lagi popularitinya.

Ceritanya mengenai seorang bekas pembunuh upahan yang kini menguruskan kedai runcit, tetapi tidak dapat lari daripada dunia lamanya, menawarkan gabungan aksi dan komedi yang unik.

Seperti mana infomasi yang telah diberitahu secara rasminya, kita boleh menjangkakan Sakamoto Days akan menjadi sebuah filem yang penuh dengan:

  • Aksi koreografi menarik – pertarungan kreatif yang menjadi trademark manga/anime ini, Sakamoto sendiri unik dengan kemampuan menjadikan apa sahaja dipegangnya dijadikan senjata.
  • Komedi santai – keseimbangan antara kehidupan harian dan dunia gelap penuh bahaya.
  • Watak-watak ikonik – Sakamoto, Shin, Lu, dan lain-lain yang membawa gaya mereka yang unik.

Kesimpulannya, Filem Live Action Sakamoto Days kini sah wujud, dan infomasi mengenai adaptasi ini telah pun diumumkan. Kini peminat pastinya tidak sabar menunggu pengumuman seterusnya daripada Shonen Jump. Yang pasti, kehadiran adaptasi ini sudah cukup untuk mencetuskan hype besar, dan semua mata kini tertumpu kepada bagaimana Sakamoto akan dibawa ke dunia nyata.

Add Comment