Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

RSG MY Mara Ke Playoff MSC 2021, Mendominasi Kumpulan A

0

Juara MPLMY musim 7 dan wakil Malaysia di MSC 2021, RSG MY, menjadi pasukan pertama yang berjaya RSG MY Mara Ke Playoff MSC 2021 selepas mereka berjaya merangkul kemenangan kedua dalam Kumpulan A menentang pasukan dari Thailand, I Do Not Sleep (IDNS).

Berbaki satu sahaja perlawanan di peringkat kumpulan, RSG MY telah menunjukkan satu permainan yang tenang walaupun diasak pasukan lawan ketika berdepan dengan juara Piala Asia Tenggara (MSC) 2017, IDNS, dari Thailand.

RSG MY juga dilihat menurunkan pemain Mobile Legends terkenal, Amir Afdal (Syno) dalam barisan utama menentang skuad gajah putih itu.

Dalam perlawanan ini, IDNStelah memberikan tentangan yang sengit terhadap RSG MY, terutama pada perlawanan kedua.

Perlawanan Pertama

RSG MY kali ini membariskan hero-hero yang keras seperti Alice, Lunox, Kufra, Haya, dan juga Gloo dimana sumber kerosakan utama adalah Lunox .

IDNS mengusai pada minit awal. Walau bagaimanapun, ketika diasak RSGMY berjaya mengurangkan perbezaan dari segi gold. Mereka bangkit secara perlahan-lahan, sehingga mereka berada di depan pada pertengahan minit ke-9.

Beberapa kali setup yang dilakukan Zacus yang menggunakan Khufra berjaya menjadikan RSG MY melakukan serangan yang berkesan sebelum berjaya memperoleh kemenangan pada minit ke-13 dengan skor 23-13.



Perlawanan Kedua

Pada perlawanan kedua IDNS lebih agresif, pasukan RSG MY memilih sekali lagi Khufra dan juga Ling sebagai pilihan pertama hero dalam pusingan ini sebagai sumber kerosakan utama. Selain itu, RSG MY juga memilih Harith, Phoveus, dan juga Pharsa.

Pemilihan Harith daripada Loleaz diserang balas dengan pemilihan Esmeralda yang dimainkan oleh FlashXz di lorong atas melihatkan kepada kekuatan kuasa Frostmoon Shield yang berterusan daripada hero ini menyedut perisai harith.

IDNS dapat memberikan tentangan kepada RSG MY bermula dari awal minit. Asakan demi asakan yang berterusan oleh IDNS, sehingga hampir menyebabkan kemenangan perlawanan berat ke arah IDNS.

Pemilihan Angela sebagai hero spkongan pasukan IDNS dilihat sangat berkesan kerana adanya Heartguard yang menyukarkan pergerakan di samping menurunkan kadar kerosakkan yang dikeluarkan oleh pasukan RSG MY.

Kekebalan yang ada pada pasukan IDNS seperti Uranus dan Paquito dilihat mampu menahan segala kerosakan yang dikenakan ke atas mereka.

Tidak kurang juga usaha Renita sebagai Paquito yang menfokuskan kepada Izanami di bahagian belakang untuk menghentikan Feathered Air Strike daripada Pharsa.

Pada minit ke-22, IDNS memberi tekanan di markas RSG MY dengan Lord, tetapi RSGMY berjaya mempertahankan markas dengan baik, sekaligus menumbangkan empat pemain IDNS. Disini kesilapan pasukan IDNS menyerang markas RSMY tanpa pemain tungak utama mereka LOYSS(Hayabusa).

Kesempatan ini digunakan oleh RSG MY dengan baik untuk memberikan tekanan balas, walaupun tidak dapat memastikan kemenangan dengan segera kerana ketiadaan bantuan dari minion. Namun, keadaan ini tidak lagi dapat dikawal oleh IDNS setelah hayabusa seterusnya dijatuhkan, serangan terus diberikan RSG MY sehingga berjaya memperoleh kemenangan 2-0 pada minit ke-25 dengan skor 29-17.



Dengan dua kemenangan  berturut-turut dengan 4 perlawanan peringkat kumpulan menentang pasukan Singapura RSG SG dan pasukan Thailand IDNS, RSG MY Mara Ke Playoff MSC 2021 di Upper Bracket peringkat playoff MSC 2021 yang akan berlangsung pada 11-13 Jun .

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.