Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Role PUBG: Peranan & Tugas Yang Perlu Anda Ketahui

0

Melihat Pro Player bermain, samaada streaming ataupun ketika kejohanan yang kompetatif, pastinya pemain tertanya bagaimana mempunyai kerjasama yang hebat seperti mereka. Apa yang membuatkan mereka hebat?. Setiap pasukan PUBG Mobile, mempunyai Role PUBG masing-masing. Sama seperti permainan MOBA, PUBG Mobile juga memerlukan peranan untuk mendapatkan WWCD.

Info – Pernah main Solitaire? Solitaire Masters mengumpulkan 20 juta pemain global! Bertarung 1 lawan 1 pemain dari seluruh dunia & sertai Kejohanan diadakan. Main dengan kawan atau uji kemahiran anda dalam permainan mini, dan nikmati bonus harian. Layari Solitaire Masters App untuk infomasi.

Senarai Role PUBG

In Game Leader (IGL) / Scouter

Peranan pertama yang sangat penting merupakan seorang leader/pemimpin. Pemimpin dalam PUBG Mudah Alih adalah seseorang yang mengatur pergerakan rakan sepasukan, dan juga mengatur formasi mereka ketika berperang/melanggar/berundur.

Leader juga berperanan sebagai scouter yang berada di posisi paling hadapan, yang akan membuka jalan yang akan menentukan arah dan sasaran lawan ketika melakukan rotasi, agar pasukan setiasa dalam keadaan yang teratur dan bersedia.

Peranan ini juga perlu mendapatkan body armor dan head armor yang paling kuat kerana sentiasa menjadi sasaran paling mudah dikesan.

Baca Juga PMGC 2021, kejohanan dunia PUBGM yang berlangsung pada 30 November

Carry/Fragger

Peranan ini adalah posisi yang akan membawa pasukannya ke arah kemenangan. Selalunya Fragger akan menjadi pemain terbaik atau Ace dalam satu skuad.

Fragger adalah peranan yang memperlukan kemahiran pemain yang mempunyai serangan menembak (fire power) yang tinggi.

Paling penting Carry tidak boleh mati dan harus anda mengekalkan momentum ke atas pasukan lain, perlu dilindungi oleh rakan pasukan.

Peranan ini  dan perlu mendapatkan senjata dan peralatan terbaik.

Rusher

Peranan ini adalah posisi yang akan membawa pasukannya memulakan serangan yang akan memastikan akan sentiasa memberi tekanan yang banyak kepada pihak musuh.

Rusher adalah peranan menjadi yang pertama yang akan berlawan dengan musuh.

Rusher memerlukan lebih banyak peluru dan bom tangan untuk membunuh musuh-musuhnya, dan juga perlu membawa sedikit item perubatan seperti First Aid Kit, painkiller dan lain-lain.

Support

Support adalah posisi terakhir di dalam PUBG Mobile. Mereka akan menjadi pemain pertama yang akan masuk membantu untuk menyembuhkan ahli pasukan yang memerlukan revive.

Di dalam posisi ini Support akan mempunyai banyak bahan habis pakai untuk memberi sokongan yang mencukupi kepada pasukan.

Support akan fokus untuk membawa banyak peralatan bantuan, seperti Kit Pertolongan Cemas, Minuman Tenaga, atau kumpulan Throwables.

Akhir kata, perlu diingatkan, bahawa pengaturan peranan dalam PUBG Mobile ini boleh berubah mengikut kesuaian, kemahiran dan strategi pasukan anda. Selain pengetahuan, komunikasi antara pasukan yang efektif juga sangat penting didalam permainan battle royale.

Sebelum anda meninggalkan tutorial ini, saya sarankan anda melihat kembali PMPL SEA musim ke-4, dimana ianya musim terbaik negara kita, pada peringkat Final 6 November, kelima-lima pusingan WWCD milik Malaysia dan kali kedua Malaysia menjulang trofi juara PMPL SEA oleh Team Secret yang sebelumnya dimenangi pasukan Yoodo Gank. Lagi membanggakan, kali pertama negara mempunyai sebanyak 2 wakil ke PMGC, kejohanan dunia PUBGM, iaitu Team Secret dan 4Rivals. #kitaganas .

 

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.