Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Coca-Cola Kini Rakan Pengasas Riot Games Esukan Wild Rift

0

Riot telah mengumumkan Coca-Cola sebagai rakan pengasas global untuk permainan mudah alih pertama Riot Game baru-baru ini. Kerjasama ini akan menyelaraskan jenama Coca-Cola dengan League of Legends: Wild Rift dan Wild Rift Esports, menghasilkan pengalaman peminat yang unik yang tertumpu kepada peminat dengan menyediakan akses ganjaran dan mencipta siri kandungan mingguan bersama Coca-Cola dan Riot Games.

Hasil pertama perkongsian ini boleh dilihat dalam kempen digital Coca-Cola baru-baru ini, bertajuk “It Must Be Real”, yang menunjukkan adegan dari Esukan Wild Rift.

Wild Rift. melancarkan musim kompetitif rasmi pertamanya pada 2022, dengan pembentukan lapan wilayah dan musim akhir global. Pelbagai pasukan dari seluruh dunia akan bersaing dalam kejohanan serantau untuk melayakkan diri ke kejohanan antarabangsa pertama dalam “Wild Rift the Global Championship : Wild Rift Icons”. Tarikh dan tempat perlawanan akhir akan diumumkan dalam masa terdekat.

Baca juga WCS MYSG 2022 yang sedang berlangsung.

“Kami tahu bahawa permainan mudah alih adalah bahagian kritikal masa depan permainan dan kami teruja untuk bekerjasama dengan peneraju di persimpangan sukan dan hiburan, Riot Games,” kata Brad Ross, Coca-Cola global vice president of assets, influencers and partnerships.

Ini bukan kali pertama syarikat itu bekerjasama, kerana Coca-Cola pernah bekerjasama dengan League of Legends pada tahun 2014 hingga 2016 untuk Kejohanan Dunia permainan itu. Coca-Cola mempunyai sejarah panjang menyokong sukan, seperti FIFA dan Sukan Olimpik dan Paralimpik.

Ketua Global Riot Games bagi Wild Rift Esports Leo Faria mengulas: “Coca-Cola membantu melancarkan apa yang kini menjadi esukan terbesar di planet ini, Esukan League of Legends, jadi saya teruja kerana mereka juga melihat masa depan dalam Esukan Wild Rift. Perkongsian ini akan merentasi lebih 100 negara, termasuk lapan liga serantau yang berfungsi sebagai asas untuk esukan kami.”

Ini merupakan berita baik bai peminat Wild Rift di Malaysia. Dengan penglibatan Coca Cola untuk bersama menerajui permainan ini, pastinya dapat memeriahkan lagi esukan Wild Rift untuk memberikan lebih banyak kejohanan dan manfaat kepada pemain profesional Wild Rift di negara kita. Anda boleh mengikuti laman facebook Wild Rift Esport MYSG bagi infomasi terkini kejohanan.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.